HalalXPlorer Logo
07 September 2026

Taiwan Perkenal “Tourism Dual-Wheel Drive Program”, Tawar Insentif Baharu Untuk Pelancong Malaysia

Kongsikan:

Kerjasama strategik bersama Malaysia Airlines serta kempen “Taiwan – 100 Cara” membuka lembaran baharu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Taiwan.

ec77353c 2625 4972 b6fa 3e9b6f8d4923

Taiwan terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara destinasi pilihan pelancong Malaysia apabila Pentadbiran Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi (MOTC) membawa delegasi besar ke Kuala Lumpur sempena MATTA Fair Kuala Lumpur 2026.

26935ecd 71c8 47d4 b4ed 96f553f7f44b

Delegasi yang tiba di Malaysia pada 3 September itu terdiri daripada 44 organisasi dan 76 wakil industri pelancongan, termasuk kerajaan tempatan, persatuan pelancongan serta pengendali pelancongan Taiwan.

aca1d2a9 3c67 40bc 8e50 9b5dc251bef7

Kehadiran Taiwan kali ini bukan sekadar untuk mempromosikan destinasi dan produk pelancongan, malah turut memperkenalkan “Tourism Dual-Wheel Drive Program”, sebuah inisiatif insentif baharu yang bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa, termasuk dari Malaysia, untuk meneroka Taiwan dengan lebih lama dan lebih meluas.

Image
Image
Image
Image
Image

Taiwan – 100 Cara Untuk Menikmati Percutian

Mengangkat tema “Taiwan – Waves of Wonder” bersama konsep pemasaran “Taiwan Never Sleeps”, Pavilion Taiwan di MATTA Fair kali ini mengetengahkan idea bahawa Taiwan mempunyai pelbagai pengalaman untuk dinikmati sepanjang hari dan sepanjang tahun.

Daripada landskap semula jadi, bandar yang meriah, makanan, budaya, aktiviti keluarga hinggalah pengalaman malam, pelancong diberi gambaran bahawa terdapat begitu banyak cara untuk menikmati Taiwan.

682a5356 6348 4278 859e a4bf4d426a15

Konsep ini turut diterjemahkan menerusi kempen “Taiwan – 100 Cara”, yang mengajak rakyat Malaysia melihat Taiwan daripada perspektif yang lebih luas dan tidak terhad kepada destinasi popular sahaja.

Sebagai Rakan Kongsi Penting Pameran MATTA, Pavilion Taiwan turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif untuk pengunjung, termasuk ruang foto bertemakan Taiwan serta kuiz pengetahuan Taiwan.

d5be7c7c 7431 4142 8cfc 68f549265e68

Buat pertama kalinya, pengendali pelancongan Muslim dari Malaysia juga dijemput menyertai Pavilion Taiwan, mencerminkan usaha Taiwan untuk terus memperkukuh pasaran pelancongan Muslim.

Insentif Baharu “Tourism Dual-Wheel Drive Program”

Antara perkara yang paling menarik perhatian ialah pengenalan “Tourism Dual-Wheel Drive Program” yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2026.

Program ini menyediakan beberapa bentuk insentif, antaranya untuk pelancong MICE yang memilih untuk melanjutkan tempoh penginapan bagi tujuan rekreasi.

7b396cc9 7a5f 4307 b775 db056b552683

Insentif turut disediakan kepada kumpulan korporat antarabangsa yang mengadakan perjalanan insentif ke kawasan Taiwan Tengah dan Selatan, selain wilayah Hualien–Taitung.

Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk menggalakkan pelancong meneroka lebih banyak kawasan di Taiwan, sekali gus tidak hanya tertumpu kepada bandar-bandar utama.

Pernah Ke Taiwan? Ada Insentif Untuk Kembali Semula!

Bagi pelancong yang pernah mengunjungi Taiwan sebelum ini, terdapat satu lagi inisiatif menarik menerusi kempen “Return to Taiwan, Double the Luck”.

10c7a5e1 5cd9 4fea ab99 cb92664c78c7

Pelancong yang pernah memasuki Taiwan pada atau selepas 1 Januari 2023 dan kembali mengunjungi Taiwan berpeluang menerima kredit perbelanjaan kad simpanan bernilai NT$5,000.

Lebih menarik, mereka yang melancong bersama keluarga atau rakan-rakan juga berpeluang menerima insentif tambahan sebanyak NT$3,000 untuk rakan pengembara, menjadikan jumlah manfaat sehingga NT$8,000.

be541bcc f68b 4d77 8c00 1292a528d57e

Ini tentunya menjadi satu lagi sebab untuk rakyat Malaysia yang pernah bercuti ke Taiwan merancang kunjungan kedua bersama keluarga atau rakan-rakan.

Malaysia Airlines & Taiwan Perkukuh Hubungan Penerbangan

Dalam lawatan delegasi tersebut, Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur dan Malaysia Airlinesturut mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU).

Kerjasama ini merupakan inisiatif kerjasama utama pertama antara Pentadbiran Pelancongan Taiwan dan Malaysia Airlines.

Menerusi MOU tersebut, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang termasuk lawatan suai kenal (FAM Trips), pembangunan produk pelancongan dan pemasaran bersama.

Kerjasama ini dijangka membantu memperkukuh keterhubungan udara antara Taiwan dan Malaysia, selain menyokong usaha meningkatkan jumlah ketibaan pelancong Malaysia ke Taiwan.

Image
Image
Image

Persembahan Menarik & Perkongsian Pengalaman Pelancong Malaysia

Pengunjung Pavilion Taiwan di MATTA Fair turut disajikan dengan pelbagai aktiviti di atas pentas.

Antaranya persembahan Diabolo Walker, yang pernah beraksi di pentas Cirque du Soleil, menerusi pertunjukan diabolo LED.

Pempengaruh Malaysia Azim Othman, bersama pasangan pengembara Alana dan Abbas, turut berkongsi pengalaman peribadi mereka ketika bercuti di Taiwan.

Perkongsian daripada pencipta kandungan tempatan ini memberikan gambaran lebih dekat mengenai pengalaman sebenar melancong di Taiwan, termasuk kepelbagaian tarikan yang boleh diterokai oleh pelancong Malaysia.

Taiwan Terus Fokus Pasaran Pelancongan Muslim

Malaysia kekal sebagai salah satu pasaran sumber penting Taiwan di bawah New Southbound Policy.

Dengan kemudahan kemasukan tanpa visa, jaringan penerbangan yang baik serta permintaan perjalanan yang semakin meningkat, Taiwan melihat Malaysia sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar.

036f26e2 b111 4abb 9d9f 84c7887e8027

Pada masa yang sama, Taiwan turut terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi mesra Muslim.

Malah, pada 2026, Taiwan berada di kedudukan ketiga di dunia dalam kalangan destinasi bukan OIC menerusi Global Muslim Travel Index (GMTI) Mastercard-CrescentRating.

Usaha untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim Malaysia juga dilihat semakin jelas menerusi penglibatan pengendali pelancongan Muslim dalam Pavilion Taiwan pada MATTA Fair kali ini.

Lebih 10,000 Pengunjung Dijangka Singgah di Pavilion Taiwan

Sebagai Rakan Kongsi Penting MATTA Fair, Pavilion Taiwan dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung sepanjang acara tiga hari tersebut.

Selain mendapatkan maklumat perjalanan, pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai produk pelancongan Taiwan serta membuat pertanyaan berkaitan perjalanan ke destinasi berkenaan.

82010fa3 a167 432c ad9b eeffe0a4c20e

Kehadiran besar delegasi Taiwan juga memberi peluang kepada pemain industri Malaysia untuk membina hubungan baharu dengan rakan-rakan industri dari Taiwan.

Promosi Taiwan Kini Bergerak Ke Johor Bahru

Selepas berakhirnya acara di Kuala Lumpur, delegasi Taiwan akan meneruskan misi promosi ke Johor Bahru pada 8 September 2026.

Acara Taiwan Tourism Workshop dan sesi B2B akan berlangsung di Sheraton Johor Bahru, dengan hampir 100 wakildaripada persatuan pelancongan, agensi pelancongan dan organisasi media tempatan dijangka hadir.

Lebih 3,000 sesi pertemuan perniagaan dijangka berlangsung menerusi acara tersebut, merangkumi pembentangan produk pelancongan serta peluang kerjasama antara pemain industri Taiwan dan Malaysia.

Pemilihan Johor Bahru juga dilihat strategik kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura, selain mempunyai peranan penting sebagai hab pelancongan serantau serta pasaran dengan kuasa perbelanjaan pengguna yang tinggi.

Taiwan Mahu Pelancong Malaysia Datang Semula

Dengan pengenalan insentif baharu, kerjasama bersama Malaysia Airlines serta usaha memperluaskan produk pelancongan Muslim-friendly, Taiwan jelas mahu meningkatkan lagi daya tarikan destinasi tersebut dalam kalangan pelancong Malaysia.

Bukan sekadar mahu menarik pelawat kali pertama, Taiwan juga menyasarkan pelancong ulangan menerusi kempen “Return to Taiwan, Double the Luck”.

Dengan pelbagai pengalaman yang ditawarkan — daripada tarikan alam semula jadi, budaya, makanan, aktiviti keluarga sehinggalah pengalaman bandar pada waktu malam — Taiwan mahu mengetengahkan satu mesej mudah:

Taiwan bukan sekadar destinasi untuk sekali pergi, tetapi destinasi yang boleh diterokai berkali-kali dengan pengalaman yang berbeza setiap kali berkunjung.

📍 Acara Pelancongan Taiwan

MATTA Fair Kuala Lumpur – Edisi Musim Luruh
📅 4–6 September 2026
⏰ 10:00 pagi–9:00 malam
📍 Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
🇹🇼 Taiwan Pavilion: Booth 3J25, Level 3

Taiwan Tourism Workshop – Johor Bahru
📅 8 September 2026
⏰ 3:50 petang–8:00 malam
📍 Sheraton Johor Bahru, Grand Ballroom, Level 5

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA