Satu perkara yang sinonim dengan percutian ke Ho Chi Minh adalah trip akak-akak memborong kain. Sampai suami nak ikut pun kadang-kadang tak jadi. Tapi, sebenarnya masih banyak aktiviti boleh dibuat di Ho Chi Minh selain memborong kain. Ini 10 daripadanya :
Mengenal sejarah Ho Chi Minh City dan Vietnam
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berkenalan. Untuk berkenalan dengan Ho Chi Minh City yang akan anda lawati , anda perlu mengutip ilmu di Museum of Ho Chi Minh City terlebih dahulu.
Ho Chi Minh City Museum akan memperkenalkan kepada pengunjung tentang budaya masyarakat di bandar Ho Chi Minh, matawang yang digunakan, perihal industri dan juga geografi.
Melihat panorama kota dari ketinggian 461 Meter
Sumber : Traveloka
Mungkin ramai yang masih tak tahu, bangunan tertinggi di Asia Tenggara buat masa ini bukan Exchange 106 di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Apatah lagi, Menara Berkembar Petronas.
Tetapi, bangunan tertinggi di Asia Tenggara buat masa ini adalah Vincom Landmark 81 yang terletak di Vinhomes Central Park. Ketinggian keseluruhan bangunan ini adalah 469.5 meter.
Jikalau dulu, bangunan yang tertinggi di Ho Chi Minh ialah Bitexco Financial Tower yang memang menjadi tumpuan pelancong untuk melihat panorama bandar dari atas. Tetapi sekarang, anda boleh pergi ke Landmark 81, cuma ianya terletak sedikit jauh dari kawasan kebiasaan pelancong Malaysia.
Apabila anda datang ke Skyview di Landmark 81 , anda akan berpeluang untuk melihat panorama bandar dari tiga tingkat berbeza iaitu tingkat 79,80 dan 81. Yang paling best tingkat 81 lah sebab paling tinggi iaitu 461 meter. Anda juga berpeluang untuk 'go outdoor'.
Sumber : itourvn.com Sumber : tripadvisor.com Sumber : itourvn
Tiket boleh dibeli di atas talian untuk mendapat harga yang lebih murah. Harga di Klook bermula dari RM78.29 untuk dewasa dan 44.75 untuk kanak-kanak.
Berseronok di Taman Tema
Sumber : mashable SEA
Taman Tema Suoi Tien terletak di District 9. Ia sedikit berbeza berbanding taman tema lain di dunia kerana taman tema ini bercirikan Buddha dan kebudayaa masyarakat Vietnam. Tetapi, tidak bermakna tiada aktiviti menarik yang Muslim boleh lakukan disini. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik contohnya menaiki roller coaster, rumah hantu, teater 4D , akuarium dan sebagainya. Terdapat juga kolam yang mempunyai ribuan buaya di dalamnya. Apa yang best, tiket bagi setiap tarikan disini dijual berasingan, jadi anda boleh pilih aktiviti yang sesuai.
Sumber : Facebook Suoi Tien Theme Park
Tips : Kami tidak menggalakkan anda untuk memberi makan kepada buaya kerana status daging digunakan tidak diketahui. Selain itu, pastikan anda bawa bersama minuman dan makanan ringan kerana tiada premis makanan halal.
Melawat Lokasi Bersejarah
Semasa perang Vietnam, Reunification Palace adalah markas Jeneral Vietnam Selatan Ngo Dinh Diem sehingga kematiannya pada tahun 1963 apabila sebuah kereta kebal milik Tentera Vietnam Utara merobohkan pintu utama bangunan tersebut sekaligus mengakhiri Perang Vietnam.
Bangunan ini seperti membawa kita ke tahun 1975. Anda dapat melihat dua kereta kebal sebenar yang digunakan untuk menyerang istana. Pada 2009, kerajaa Vietnam mengumumkan bangunan ini sebagai salah satu daripada 10 warisan sejarah kebangsaa.
Sehingga hari ini, bangunan ini masih digunakan untuk majlis-majlis penting di Ho Chi Minh, termasuk sidang kemuncak APEC
Waktu Operasi : Setiap hari ( 7:30AM-11:30AM & 1:00PM-5:00PM)
Bayaran : 40,000 VND
Melihat tinggalan perang
Sumber : Culture Trip
Untuk melihat tinggalan peperangan Vietnam, anda boleh menuju ke War Remnants Museum. Muzium yang dibuka pada 4 September 1975 ini sangat menarik sehinggakan menerima hingga 500,000 pengunjung setiap tahun. Muzium ini mengumpul, menyimpan dan mempamerkan segala bukti dan tinggalan sejarah serta jenayah yang dilakukan semasa perang Vietnam.
Sumber:Expedia.com.my
Waktu Operasi : Setiap Hari (7:30 AM- 6 PM)
Bayaran : 40,000 VND
Tidak dilupakan juga, kesan buruk akibat peperangan tersebut. Mesej utamanya ialah untuk mengatakan 'tidak' kepada peperangan. Jadikanlah dunia ini sebagai tempat yang aman untuk semua manusia sejagat.
Melihat puluhan cafe hipster
Sumber : Culture Trip
Dibina pada 1960-an, aparment terletak di 42 Nguyen Hue ini sudah menjalani beberapa proses transformasi. Bangunan ini pada asalnya menempatkan tentera Amerika Syarikat dan pegawai tinggi yang bekerja dengan kerajaan Vietnam Selatan. Seiring perubahan bandar Ho Chi Minh, pemilik bangunan mula untuk menyewakan unit mereka dan diubah menjadi unit cafe.
Status bahan yang digunakan di setiap cafe tidak diketahui. Jadi, anda tengok-tengok sahaja lah.
Menelusuri Mekong Delta
Sumber : Local Vietnam
Tidak lengkap rasanya mengunjungi Ho Chi Minh City jika tidak sampai ke Mekong Delta. Mekong Delta sebenarnya terletak di luar Ho Chi Minh dan meliputi kawasan 39.000 kilometer persegi.
Mekong Delta ini cukup subur sehinggakan menjadi sumber mata pencarian bagi ramai masyarakat tempatan sejak dahulu hingga sekarang , antaranya ialah padi. Kira-kira 3/4 eksport beras Vietnam dihasilkan dari Mekong Delta.
Kini, Mekong Delta juga dijadikan sebagai tempat pelancongan, tarikannya adalah perusahaan-perusahaan tempatan yang wujud di sekitar Mekong Delta. Jadi, anda mesti ke sini.
Tips : Kebiasannya pakej untuk ke Mekong Delta yang mesra Muslim boleh didapati di Malaysia Street.
Makan malam di atas bot persiaran
Sumber : Traveloka
Aktiviti ini cukup menarik kerana anda akan makan malam sambil ditemani pemandangan pencakar langit bandaraya Ho Chi Minh yang bermandikan lampu cahaya. Selain itu, terdapat persembahan kebudayaan Vietnam dan lain-lain persembahan untuk menghiburkan pengunjung dipersembahkan secara langsung di atas dek kapal.
Umumnya, tiada makanan halal disediakan. Tetapi, jika anda menempah aktiviti ini melalui ejen mesra Muslim , makanan Halal boleh diminta secara khusus dengan chef bertugas.
Ziarah Masjid di tengah kota
Sumber : justgola
Walaupun Islam adalah agama ke-2 terbesar di dunia, tetapi ianya tidak cukup terkenal di Vietnam. Bahkan, ramai menganggap agama Islam langsung tidak wujud disini. Kebanyakan Muslim di Ho Chi Minh pula adalah dari masyarakat Melayu Champa. Justeru, agak menarik untuk anda lawati masjid Musulman atau Saigon Central Mosque ini yang berdiri teguh di tengah Ho Chi Minh sejak 1935 walaupun jumlah komuniti Muslim yang sedikit.
Mengunjungi Book Street
Walaupun tidak banyak buku yang kita boleh fahami disini, tetapi kunjungan kita ke Book Street mungkin boleh membuka mata kita tentang bagaimana mereka mengubah dunia buku yang 'membosankan' di mata ramai masyarakat kepada sesuatu yang ceria. Selain itu, book street adalah salah-satu jalan paling tenang ditengah bandaraya Ho Chi Minh.
Itu antara perkara yang boleh dibuat di Ho Chi Minh untuk lawatan anda yang seterusnya. Mahu tahu mengenai destinasi lain? Klik disini