HalalXPlorer Logo
28 May 2020

12 tips untuk diperhatikan sebelum memandu di luar negara

Kongsikan:

Memandu ke luar negara pun kena ada tips ke? Apa bezanya dengan memandu di negara sendiri? Asalkan ada lesen bolehlah memandu kan? Haa, mungkin anda nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Ya betul , anda perlu ada lesen untuk memandu tetapi anda juga perlu ambil kira persekitaran, peraturan dan gaya memandu bagi setiap negara tidak sama. Jom kita lihat 4 tips memandu ke luar negara...

1) Lesen memandu antarabangsa

Lesen memandu yang anda semua ada sekarang tidak valid untuk digunapakai di kebanyakan negara luar. Ada beberapa negara yang menerima lesen memandu Malaysia seperti Australia, New Zealand, Thailand, Singapura dan beberapa negara Eropah.

Namun ada sesetengah negara yang memerlukan lesen memandu antarabangsa sebagai permit untuk kita bawa kereta di sana. Kebiasaanya negara yang kedudukan pemandu nya di sebelah kiri. Oleh itu, sila semak negara pilihan anda sama ada perlukan lesen antarabangsa ataupun tidak.

Jika ya, anda boleh membuat lesen memandu antarabangsa di JPJ dengan membawa IC, Lesen memandu, dan sekeping gambar. Perlu diingatkan bahawa lesen memandu anda mestilah aktif sekurang-kurangnya setahun. Harga yang perlu dibayar adalah RM150.

2) Ketahui peraturan jalanraya

Peraturan asas jalanraya- Anda perlu tahu anda sebagai pemandu perlu duduk di bahagian mana, had kelajuan dan kenalpasti serta memahami papan tanda di jalan. Anda juga perlu tahu kegunaan lampu besar di tempat yang betul.

Papan tanda isyarat- Peraturan jalanraya seperti papan tanda isyarat jalan raya yang umum selalunya sama sahaja di negara mana-mana pun tapi jika ada papan tanda isyarat tambahan lain di negara pilihan anda, itu anda perlu belajar dan ambil tahu.

tips : Ambil tahu dan hafal bentuk-bentuk yang digunakan di papan tanda kerana itu cara universal untuk kita memahami maksud papan tanda.

3) Pastikan kereta sewa dalam keadaan yang baik & selamat

Perkara yang paling penting sekali ialah anda perlu periksa enjin,minyak hitam,air, angin kereta dan keseluruhan kereta. Selain iu, jika terdapat calar atau apa apa kerosakan, beritahu tuan kereta dahulu dan ambil gambar sebelum anda membawanya. Takut-takut anda pula yang dipersalahkan.

tips : Sebaiknya cuba untuk menempah kereta sewa daripada syarikat yang dipercayai.

4) Ambil masa untuk sesuaikan diri anda

Kedudukan pemandu bagi kereta di Malaysia disebelah kanan ( jalan kiri ) , namun mengikut data, kebanyakan di negara di dunia ini pemandunya di sebelah kiri ( jalan kanan). Jadi anda perlukan masa untuk menyesuaikan diri anda dengan kedudukan pemandu disebelah kiri dan memegang gear menggunakan tangan kanan. Jika anda pemandu yang handal anda cuma mungkin memerlukan 2-3 jam sahaja untuk biasakan diri anda, namun kepada yang masih tidak mahir memandu anda akan memerlukan masa yang lebih lama.

tips : bawa perlahan dan jangan tergopoh-gopoh dan ambil masa anda untuk sesuaikan diri anda.

5) Ketahui budaya pemanduan negara tersebut

Ini sangat penting apabila anda memandu di negara luar. Jika di negara Malaysia anda biasa hon-hon bila anda marah. Tetapi mungkin di negara lain, hon itu membawa maksud yang lain. Sebagai contoh, ada beberapa tempat di Indonesia dibunyikan setiap kali kenderaan melalui selekoh tajam sebagai isyarat kepada kenderaan lain.

6) Beli insurans

Anda belilah insurans untuk langkah berjaga-jaga. Malang tidak berbau. Insurans domestik anda mungkin tidak boleh diguna pakai di luar negara jadi dapatkan insurans auto antarabangsa yang mengikut undang-undang. Jangan ambil remeh tentang keselamatan anda.

7) Kaji jalan yang anda akan lalu

Anda perlulah melihat jalan yang akan gunakan di peta terlebih dahulu untuk mendapat sedikit gambaran. Jika anda terus mengikut peta sambil anda memandu dan anda tidak mengkajinya terlebih dalu, peratusan untuk anda sesat dan tersilap jalan sangat tinggi. Hal ini juga bahaya kerana jika anda hanya fokus 100% kepada GPS, konsentrasi anda terhadap pemanduan dan jalanraya akan terganggu.

Tips : Jika anda was-was dan inginkan kepastian, lebih baik anda bertanya dahulu kepada penduduk tempatan.

8) Peka dengan cuaca

Sebelum anda memulakan perjalanan anda, periksa terlebih dahulu cuaca. Jika cuaca hujan, lebih baik anda elakkan diri anda memandu pada cuaca hujan. Jangan ambil risiko untuk memandu ketika waktu hujan tambahan pula anda di tempat yang baharu. Periksa juga jika ada jalan yang tutup dan jalan alternatif yang anda disediakan.

9) Jangan terlalu ghairah dengan 'plan' anda

Mungkin kalau dah dapat memandu di negara orang, kita sedaya-upaya untuk memandu sejauh mungkin dan juga sebanyak mungkin destinasi sebab tak mahu rugi. Tetapi, sebaiknya anda elakkan perkara ini. Jangan memandu terlalu jauh dan lama kerana badan anda perlukan rehat yang cukup. Apatah lagi, aktiviti pelancongan yang dilakukan pun telah menggunakan tenaga yang banyak.

Pemanduan yang baik dan konsentrasi 100% pada jalanraya hanya akan dapat dilakukan jika badan tidak terlalu keletihan. Jadi, jangan nak kejar trip sangat !

10) Keluar awal pagi dan balik sebelum malam

Untuk menggunakan hari anda sepenuhnya, sebaiknya anda keluar dari penginapan sebaik mungkin. Pilih untuk pergi ke destinasi paling jauh pada hari tersebut untuk anda pergi terlebih dahulu kemudian ke destinasi lain dalam perjalanan pulang.

Ini kerana, jika anda membuat keputusan menuju ke tempat yang dekat dahulu, anda mungkin perlu keluar lebih lewat kerana menunggu waktu operasi destinasi anda dan sebagainya. Nampaknya, anda membazirkan banyak waktu .

Sebaiknya, keluar seawal pagi yang boleh supaya anda dapat jimatkan masa dan boleh pulang sebelum malam. Ini penting kerana pemanduan malam di kawasan yang kita tak biasa mungkin membahayakan diri kita sendiri.

11) Pilih kereta yang kecil sahaja

Jika anda tidak mempunyai barangan yang besar dan banyak , atau travelmate yang ramai , seeloknya pilihlah kenderaan sewa yang kecil. Ini dapat membantu anda dari segi kos penggunaan minyak , lebih senang dipandu, dan paling penting lebih senang untuk 'parking' !

12) Sekurang-kurangnya 2 pemandu

Rancang sebaiknya dengan travelmate anda mengenai siapa yang perlu memandu kereta. Jika semuanya enggan memandu dan tinggal hanya anda seorang, lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk menyewa kenderaan.

Ini kerana badan anda akan terlalu keletihan akibat memandu berseorangan sepanjang percutian. Jadi, minta rakan anda untuk menjadi pemandu ke-2 untuk ditukarkan bila anda keletihan.

Tips : keputusan untuk mempunyai 2 pemandu perlu dibuat awal dan diberitahu kepada agensi kereta sewa supaya anda mendapat insurans tambahan

Sekarang, anda sudah tahu beberapa tips untuk memandu di luar negara. Kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan sebelum anda memulakan percutian anda. Jangan buat 'last minute' nanti kelam kabut dibuatnya. Selamat bercuti dan bergembira dari kami SurgaRoute.

Untuk lebih banyak tips travel disini. Kami kongsi,Anda terokai.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA