HalalXPlorer Logo
bawa anak kecil pergi hiking ini tips yang anda perlu tahu
02 August 2023

Tips Hiking Bersama Anak Kecil. Lelaki Ini Kongsikan Apa Keperluan Yang Perlu Ada

Kongsikan:

Anda seorang yang gemar melakukan aktiviti hiking semasa bujang dahulu? Tapi selepas berkahwin dah mula tinggalkan hobi anda? Lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. Mungkin anda rasa sukar untuk hiking sambil membawa anak.

Sebenarnya sudah berkahwin dan ada anak kecil bukanlah satu alasan untuk anda tinggalkan hobi anda.. malah tidak salah untuk dedahkan anak-anak kecil dengan aktiviti sihat sebegini. Jom baca perkongsian dari instagram Ahmad Affiq mengenai tips hiking bersama anak kecil.

https://www.youtube.com/watch?v=PfAIxINqukA&t=37s

1. Lokasi Hiking

Yang ini paling penting sebab baby ni mood dia tak tentu. Kadang ok, kadang tak. So pemilihan lokasi hiking yangg terbaik ialah yangg naik pagi kemudian tengah hari atau petang dah boleh sampai bawah smula. Elakkan hike sampai petang2, waktu yg kurang sesuai utk elakkan perkara2 yg halus berlaku.

2. Baby Carrier yg sesuai

Awal dulu masa kami bawa Irfan Suhael memang tak guna carrier belakang. Kami guna carrier hadapan. Kekurangan carrier hadapan ialah bila kira panjat bukit susah nak tengok trail. Kemungkinan nak jatuh pon tinggi dan pace boleh jadi perlahan.

3. Mosquito repellent

Nyamuk dalam hutan tak byk tapi ada. So standby je.

4. Food

Sentiasa sediakan makanan yang cukup untuk baby. Since anak kami tak sampai 2 tahun lagi, kebanyakan masa dia minum susu. so kami sediakan susu termasuk air panas, roti, makanan ringan. So bila lapar, boleh terus bagi.

Tips Hiking Bersama Anak Kecil. Lelaki Ini Kongsikan Apa Keperluan Yang Perlu Ada 2
Foto via Instagram Ahmad Affiq
Tips Hiking Bersama Anak Kecil. Lelaki Ini Kongsikan Apa Keperluan Yang Perlu Ada 3
Foto via Instagram Ahmad Affiq

5. Pakaian & Diapers

baby tak reti nk beritahu bila nk terkucil atau terberak. So sentiasa sediakan pakaian yang sesuai dengan hiking. Nak elakkan bocor, habis semua kena najis. pakaian jika dah terkena najis boleh la tukar. Jgn biarkan lagi senang baby nak merengek. Jangan lupa juga spray utk senang nak basuh jika susah nak jumpa punca air.

6. Hiburan

Budak zaman skrg tak lari kalau tak de hibran dengan lagu omar hana. Haha. So kami standby telefon bimbit tambahan utk hiburkan dia bila dia bosan atau merengek tak tahu punca, so omar hana lah penyelamat.

7. Ramai lebih selamat

Kami nasihatkan nak hike ada baby biar lebih paling kurang 2 org. Lagi ramai lagi bagus. jika terjadi apa-apa, tapi tak ramai setuju hiking bawak baby ni, pendapat masing2. Kami selalu hike laki bini je bila bawa Irfan Suhael .

8. Recite Doa

Doa sebelum masuk ke hutan, minta dijauhkan dari sebarang gangguan binatang buas, makhluk halus dan syaitam yg direjam. Doa yg ustaz ajar boleh, doa ikut ayat sendiri pon boleh. Yg penting doa.

9. Ketahui Kekuatan Diri

Kalau rasa tak biasa bawa beban, lupakan sahaja nk bawa baby. Tak memasal kita yg cedera, krem, dll. Sebab itu kami slalu pilih trail yang pendek2 je. Btw total berat 5kg carrier tambah berat anak anda. Berat Irfan Suhael 10kg.

Tips Hiking Bersama Anak Kecil. Lelaki Ini Kongsikan Apa Keperluan Yang Perlu Ada 4
Foto via Instagram Ahmad Affiq
Tips Hiking Bersama Anak Kecil. Lelaki Ini Kongsikan Apa Keperluan Yang Perlu Ada 5
Foto via Instagram Ahmad Affiq

Seronoknya bila satu family dapat buat aktiviti sama-sama tak kiralah aktiviti lasak, santai atau apa-apa sekali pun. Kebaikannya dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga tu kan? Walaubagaimanapun keselamatan haruslah diutamankan ye.

Sumber: Instagram Ahmad Affiq

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA