HalalXPlorer Logo
10 tips berjimat ketika melancong
02 August 2023

10 Tips Berjimat Ketika Merancang Percutian Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Travel ni memang semua orang suka. Tapi apa yang kita tak suka adalah menghabiskan duit. Yelah, bukan senang nak cari kan. Jadi, kalau boleh jimat memang bagus.

Jadi kali ini kami nak kongsikan kepada anda cara berjimat ketika travel. Jom baca.

1 – Pilih Tempat Penginapan Yang Strategik

Semasa anda buat kajian tempat yang bakal anda lawati, jangan lupa untuk pilih tempat penginapan yang strategik di mana lokasinya berhampiran dengan lokasi-lokasi yang menarik. Dengan ini anda boleh jimat dari segi kos perjalanan. Daripada perlu sewa motosikal atau kereta, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 2
Sumber: vladyta

2 – Pilih Tempat Penginapan Yang Murah

Terpulang kepada bajet masing-masing, dan tujuan anda travel. Bila travel semestinya masa lebih terluang di luar. Jadi kenapa perlu membayar lebih hanya sekadar untuk tidur dan membersihkan diri. Dan jangan lupa untuk membuat perbandingan harga di laman sesawang seperti Booking.com, Agoda, Trivago dan pelbagai lagi.

3 – Beli Tiket Semasa Promosi

Perkara paling utama bila travel ialah tiket penerbangan, tiket bas dan lain-lain tiket pengangkutan. Tips bagaimana anda boleh alert bila syarikat penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines adakan promosi adalah dengan ‘turn on’ notifikasi dari aplikasi, emel, media sosial mereka. jadi bila ada promosi lain anda boleh grab awal sebelum tiket habis dijual. Dan jangan lupa untuk membandingkan harga tiket penerbangan. Anda boleh guna skyscanner, kiwi atau direct terus ke laman sesawang syarikat penerbangan.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 3
Sumber: Twitter AirAsia

4 – Tempah Awal

Dari tiket pengangkutan, penginapan sehingga ke tiket lawatan, anda perlu membuat tempahan awal. Kelebihan dengan menempah awal adalah anda boleh dapat penjimatan yang banyak.

5 – Sediakan Itinerari

Itinerari adalah rujukan kita ketika travel. Jika anda dapat menyediakan itinerari yang lengkap seperti aktiviti, tempat lawatan, pengangkutan, penginapan, kos perjalanan, kos makan, dan pelbagai lagi kos. Jadi dengan adanya itinerari ni, anda tidak akan berbelanja 'Over Budget'.

6 – Travel Dengan Kumpulan

Travel bersama-sama kawan atau travel buddy boleh buatkan anda jimat untuk kos perjalanan seperti sewa supir, sewa kenderaan dan juga kos penginapan. Negara indonesia contoh nya, kebanyakan tempat-tempat menarik di sana agak jauh antara satu sama lain, jadi anda memerlukan penyewaan kenderaan dan supir. Jika kos 1 hari sewa 400 untuk 4 seater, anda hanya perlu membayar RM100 seorang jika travel bersama 4 orang.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 4
Sumber: The Vocket

7 – Utamakan Aktiviti Percuma

Tak semua tempat tumpuan pelancong percuma, tetapi anda boleh utamakan aktiviti dan tempat lawatan yang percuma. Dan jika anda bijak, anda boleh bertanyakan kepada penduduk tempatan di manakah tempat-tempat menarik yang murah dan percuma di negara mereka. Orang putih panggil 'Hidden Gem'.

8 – Masak Sendiri

Anda boleh berjimat dengan memasak sendiri selain dari makan di restoran. Kalau anda travel di negara yang matawangnya tinggi, makanan di restoran kemungkinan mahal dan untuk yang beragama Islam, agak sukar untuk mencari makanan yang halal. Jadi memasak dapat menjimatkan malah dapat makanan yang halal dan sedap mengikut cita rasa anda sendiri.

9 – Gunakan Kad Pelancong

Pass atau kad pelancong ini sangat berguna dan memberi penjimatan kepada pengguna. Dengan menggunakan kad/pass pelancong ni anda mungkin dapat harga diskaun dari tiket lawatan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Tapi tak semua negara memberikan perkhidmatan ini.

10 Tips Berjimat Sebelum & Ketika Travel Yang Ramai Abaikan 5
Sumber: Traveloka

10 – Rebat Dan Diskaun Aplikasi

Bagaimana aplikasi ini dapat memberi penjimatan kepada ada? Aplikasi ini sebenarnya boleh memberikan anda cashback, dan juga harga promosi. Aplikasi yang kami sarankan adalah seperti OYO, Shopback, Bigpay, Grab, Klook dan macam-macam lagi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA