HalalXPlorer Logo
tips to save money budget travel holiday tips menyimpan duit jimat ketika bercuti tanpa banyak belanja duit
23 March 2023

9 Tips Bercuti Tanpa Mengeluarkan Duit Yang Banyak !

Kongsikan:

“Bestnya dapat cuti sambil jalan-jalan. Tapi macam mana nak dapat percutian bajet yang tidak menggunakan banyak wang tetapi pada masa yang sama tetap menyeronokkan ?”

Sekiranya anda merancang untuk bercuti dengan riang tanpa perlu risau keluar duit dengan banyak, ini adalah artikel yang patut anda baca.

1. Buat Tempahan Awal

9 Tips Bercuti Tanpa Mengeluarkan Duit Yang Banyak !

Nak dapat percutian bajet, anda kena rajin survey harga.

Anda boleh dapat harga yang jauh lebih murah jika anda menempah tiket penerbangan dan juga penginapan anda lebih awal. Ianya juga untuk pastikan ketersedian penginapan yang anda mahukan.

2. Bercuti Di Luar Musim

Kebiasaannya, harga tiket penerbangan dan penginapan sangat mahal semasa waktu puncak iaitu cuti sekolah atau cuti hujung tahun. Jadi, anda boleh rancang percutian bajet anda ketika luar musim bercuti.

Selain itu, bercuti di luar musim juga mempunyai kelebihan sendiri. Anda tidak perlu risau bilik hotel dan penginapan penuh. Tempat tarikan juga tidak akan crowded dengan pelancong.

 3. Jangan Banyak Songeh

Untuk berjimat semasa percutian, anda tidak boleh 'banyak songeh'. Contohnya, jika anda dah terbiasa memandu kereta ke mana-mana, apa kata kali ini anda cuba gunakan pengangkutan awam di destinasi tersebut. Bukan sahaja dapat berjimat, anda juga boleh merasai pengalaman seperti orang tempatan. Selain itu, anda juga boleh relaks dan nikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan.

Jika anda sudah terbiasa dengan suasana bilik tidur yang selesa, anda tidak boleh banyak songeh ketika berada di luar negara, jika tidak mahu mengeluarkan banyak wang.

 4. Pilih Destinasi Alternatif

Destinasi popular adalah lebih mahal berbanding destinasi lain. Selain dari kos tinggi, tempat ini juga pasti penuh dan padat dengan pelancong.

Anda boleh jimat duit dengan memilih destinasi alternatif. Tempat percutian bajet ini pasti rare dan lain dari yang lain.

Tiket penerbangan ke destinasi kurang popular biasanya lebih murah, dan tempat penginapan pula pasti banyak kosong yang tidak akan menyebabkan harganya naik mendadak sekaligus anda boleh berjimat.

5. Lawati Tempat Percuma

9 Tips Bercuti Tanpa Mengeluarkan Duit Yang Banyak !

Sebenarnya, terdapat banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum.

Anda boleh lawati tempat menarik yang free of charge. Antaranya pasar, tempat-tempat keagamaan dan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit. Kalau nak bercuti dalam negara, anda boleh rancang percutian bajet di Malaysia.

Banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang anda boleh terokai tanpa keluarkan duit.

6. Bercuti Secara Berkumpulan

Inilah masanya untuk bercuti bersama kawan-kawan.

Bukan sahaja boleh spend time bersama, anda juga boleh jimatkan kos pengangkutan dan penginapan disebabkan pembahagian kos penginapan, makanan dan lain-lain.

Selain itu, anda juga boleh bercuti bersama keluarga. Apabila bercuti ramai-ramai, boleh kongsi bilik dan jimatkan kos lain.

7. Cari Tempat Penginapan Murah 

Sebelum tempah tempat penginapan, survey dan bandingkan harga dahulu. Anda boleh pilih tempat penginapan yang murah, selesa dan sesuai dengan anda.

Kalau bercuti dalam kumpulan yang besar, samada dengan keluarga atau kawan-kawan, anda boleh pilih homestay atau apartment.

Jika percutian anda bersama kumpulan atau keluarga yang ramai, tempah homestay lebih berbaloi. Tak perlulah menempah bilik hotel yang kecil dan lebih mahal.

8. Masak Sendiri 

9 Tips Bercuti Tanpa Mengeluarkan Duit Yang Banyak !

Cara yang paling senang untuk berjimat semasa percutian bajet adalah dengan masak sendiri dan inilah kelebihan jika anda menginap di homestay kerana ianya membolehkan anda memasak sendiri di dapur juga boleh melakukan aktiviti BBQ sendiri.

Semasa pilih tempat penginapan, anda boleh cari penginapan yang menyediakan dapur. Bolehlah anda masak sendiri dan bawa bekal semasa berjalan-jalan.

Ini tak bermaksud anda tidak boleh makan luar sepanjang bercuti. Rugilah kalau tak cuba makanan tempatan. Tetapi, anda patut makan makanan yang unik dan sukar ditemui di tempat anda. Sebaliknya, jika menu makanan yang biasa-biasa sahaja, lebih baik masak sendiri !

9. Tempahan Pakej

Percutian juga akan jadi lebih murah apabila anda menempah dengan pakej percutian. Contohnya, pakej percutian merangkumi tiket penerbangan, penginapan, kenderaan dan makanan.

Jadi anda tidak perlu risau untuk keluar duit lagi kerana semuanya sudah dibayar awal. Antara pakej yang anda boleh lihat adalah seperti MH Holidays, ataupun AirAsia SNAP.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA