HalalXPlorer Logo
15 December 2023

Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah

Kongsikan:

Salah satu destinasi terbaik untuk melihat biru laut di Malaysia sudah pastinya Semporna, Sabah.

Sebabnya disini bukan hanya ada satu kawasan atau pulau yang cantik, tetapi banyak ! Memang jimat bila datang ke sini, boleh menjelajah ke macam-macam pulau sekaligus.

Tapi, kalau dah banyak pula tempat nak perginya, jadi keliru la pulak. Berapa hari nak pergi, nak pergi ke mana dulu, berapa hari yang cukup untuk cover semua tempat tu kan ?

Ha, meh sini kami cadangkan kepada anda itinerari melancong ke Semporna, Sabah selama 4 hari 3 malam. (4H3M)

Hari Pertama (Hari 1)

  • Naik penerbangan dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Boleh ambil flight pagi dari Kuala Lumpur. Jadi, akan sampai waktu tengahari.
  • Makan Tengahari Dahulu di Pekan Tawau disebabkan Semporna jauh lagi. Kami cadangkan untuk makan di House of Nasi Kuning Tawau Restoran Haji Tamrin
  • Ziarah & Solat di Masjid Al Khauthar, Tawau
  • Bergerak menuju ke Semporna. Perjalanan 81 Kilometer memakan masa 1 jam sehingga 1 jam 45 minit bergantung kepada pemanduan dan jenis kenderaan dinaiki.
  • Check in di Pekan Semporna
  • Boleh jalan-jalan Bukit Tengkorak, Tampi-Tampi
Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah
Masjid Al-Khauthar, Tawau

Hari Kedua (Hari 2)

  • Sarapan
  • Bersiap dan gerak ke Jeti Umum
  • Aktiviti Island Hopping ke Pulai Mabul (Jalan-Jalan dan Snorkeling) dan Kapalai)
  • Jalan-Jalan ke Mabul Water Bungalow Resort (Bayaran RM30 Seorang. Semak disini)
  • Pulang & check-in di penginapan atas air
  • Makan malam, rehat dan aktiviti bebas
Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah
Mabul Water Bungalow Resort

Hari Ketiga (Hari 3)

  • Sarapan
  • Island Hopping di Bohey Dulang (kena hiking 700m), Mantabuan (snorkeling) dan Sibuan (snorkeling)
  • Pulang ke penginapan
  • Makan malam, rehat dan aktiviti bebas
Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah
Bohey Dulang

Hari Keempat (Hari 4)

  • Sarapan
  • Island Hopping ke Timba-Timba (Bergambar di Pasir Panjang dan Snorkeling), Mataking (snorkeling) dan Pom-Pom (snorkeling)
  • Pulang ke Penginapan & Check-Out
  • Bergerak menuju ke Lapangan Terbang di Tawau
Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah
Timba-Timba (Kredit : Patrick.Par)

Tips Travel ke Semporna

  • Ambil penerbangan pergi seawal yang mungkin pada pagi dan ambil penerbangan pulang pada lewat petang. Jadi boleh maximize masa berada di Semporna
  • Untuk jimat boleh pilih penginapan bajet di pekan Semporna (atas darat) berbanding penginapan atas air.
  • Pilih pakaian berwarna cerah seperti kuning, merah. Elak pakaian warna biru atau hijau. Nanti OOTD tak ngam dan tenggelam dengan landskap sekeliling
  • Pulau di Semporna dibuka sepanjang tahun. Tak macam di Semenanjung yang selalunya tutup pada hujung tahun disebabkan angin monsun. Jadi, jangan risau. Boleh plan ke Semporna bila-bila masa sahaja.
  • Bawa baju yang sesuai sebab banyak aktiviti air dan ada tempat perlu hiking.
  • Tempah penginapan, pengangkutan dengan perkhidmatan agen pelancongan berlesen dan dipercayai
  • Buat tempahan awal sebelum datang ke Semporna
  • Tempah tiket penerbangan seawal mungkin untuk elakkan harga tiket melambung.
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA