HalalXPlorer Logo
01 March 2022

Qidot Cafe Ini Buatkan Anda Bagai di 'Countryside' Eropah

Kongsikan:

Dah lama tak pergi luar negara, kami rasa teringat-ingat betul akan keadaan di luar sana. Padahal tak banyak kali pergi pun. ?

Kalau anda pernah buat 'rodtrip' ke 'countryside' di Eropah, terutamanya di sekitar United Kingdom, macam Scotland, Wales, Ireland atau di England sendiri pasti anda biasa menjumpai bangunan-bangunan yang dilitupi oleh pohon.

Ya, mereka memang menyukai rumah dilitupi dengan kehijauan pokok yang menjalar supaya landskap seluruh kawasan perkampungan nampak hijau tanpa ada gangguan.

Qidot Cafe Ini Buatkan Anda Bagai di 'Countryside' Eropah

Kini, anda boleh jumpa kafe ala-ala countryside di Qidot Cafe di Banting, Selangor sahaja. Kalau tak macam di Eropah, kurang-kurang dah macam Bukit Fraser dan Cameron Highland juga ni. Tak perlu travel jauh-jauh ke sana kan.

Yang paling menangkap mata pastilah pintu masuk ke kafe ini yang berwarna merah. Bila tengok, pintu merah di sini, memang boleh teringat London.

Bukan sahaja luaran kafe ini yang instagrammable, malah hiasan dalaman juga sangat cantik dengan tema lantai berwarna hitam putih dan mural sebagai 'wall feature'. Ruang makan yang luas memang menjamin keselesaan untuk pengunjung menikmati makanan.

Setiap hidangan di Qidot Cafe pula memang berbaloi dengan harga yang anda bayar apabila anda akan menikmati rasa serta persembahan makanan yang terbaik !

Lokasi

?Qidot Cafe, Lot 1658, Batu 9, Jalan Klang Banting, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Banting, Selangor

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA