Sebelum ini, Putrajaya ada satu pantai buatan di Presint 5, berdekatan Hotel Doubletree by Putrajaya Lakeside, kompleks Sukan Air Putrajaya dan juga Marina Putrajaya.
Terbaru, sebuah lagi pantai buatan akan dibuka akan dibuka kepada orang awam yang berkunjung ke Putrajaya bermula hari ini (1 Mac 2022). Pantai buatan terbaru ini dinamakan sebagai Pantai Floria disebabkan lokasinya yang terletak di Tapak Floria di Presint 4, Putrajaya.
Projek pantai buatan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) yang membaik pulih kawasan Floria.
Secara keseluruhannya, kawasan yang dinamakan sebagai Sisiran Floria ini membabitkan lima bahagian iaitu pantai berpasir (sandy beach), bot kawalan jauh, memancing, berkhemah dan kayak.
Tarikan baharu ini adalah usaha PPj meningkatkan lagi jumlah pengunjung di pusat pentadbiran kerajaan tersebut yang selalunya lengang terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Lokasi
Pantai Floria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya