Ramai yang dah tahu, Taiwan adalah destinasi yang terkenal dengan makanan, budaya dan pemandangan yang menakjubkan.
Dr. Joy Yen yang merupakan Timbalan Pengarah Pejabat Ekonomi dan Budaya Taiwan di Malaysia menyifatkan Taiwan sebagai destinasi yang mempunyai masyarakat yang selamat, pengangkutan yang mudah, dan rakyatnya mesra. Dan mereka sanggup menunjukkan kepada Malaysia keikhlasan mereka melalui acara ini.
Dr. Joy Yen juga menekankan bahawa Malaysia merupakan sumber penting pelancong ke Taiwan. Malaysia telah menyumbang lebih daripada 250,000 pelancong ke Taiwan dari Januari hingga Ogos tahun ini. Kelebihan melancong di Taiwan termasuk keselamatan, pengangkutan yang mudah, dan penduduk yang ramah, menjadikan Taiwan destinasi pelancongan yang menarik. Pejabat Taiwan Tourism Administration di KL juga mempromosikan kempen yang memberikan peluang kepada pelancong antarabangsa untuk memenangi NT$5,000 dalam perbelanjaan.
Dalam usaha untuk mengalu-alukan umat Islam di seluruh dunia, Taiwan terus mempromosikan persekitaran pelancongan mesra Muslim. Pada masa ini, hampir 300 restoran dan hotel di Taiwan telah memperoleh "pensijilan halal", dan menurut "Crescent Rating - Global Muslim Tourism Index (GMTI)" bagi tahun 2023, Taiwan diletakkan sebagai destinasi pelancongan ketiga terbaik di kalangan negara bukan Islam di dunia. Taiwan telah menunjukkan prestasi yang baik dalam Indeks Pelancongan Muslim Global selama bertahun-tahun !
Jika anda merancang perjalanan ke Taiwan, jangan lepaskan acara promosi 'Taiwan OhBear Cars' yang dianjurkan oleh Taiwan Tourism MY sebab anda berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan percuma ke sana ! Wah, macamana tu ?
200 "Taiwan OhBear Cars" Hasil Artis Kreatif Malaysia Bagi Promosi Tema Pelancongan Terkini di Taiwan
Kalau anda nak tahu, baru-baru ini bertempat di KL Gate Plaza LalaPort (BBCC), Taiwan Tourism MY melancarkan 200 kenderaan #TaiwanOhBearCars yang akan bergerak di seluruh Lembah Klang !
Kenderaan yang dihiasi dengan tema pelancongan Taiwan ini bertujuan menarik minat lebih ramai pelancong Malaysia ke Taiwan.
Mr. Abe Chou, Pengarah Pejabat Taiwan Tourism Administration di KL berkata, kempen 200 kereta bertema OhBear Cars yang direka khas itu dilancarkan selama 3 bulan di Malaysia selepas wabak (Covid-19) sebagai salah satu usaha menarik pelancong Malaysia untuk memilih Taiwan sebagai destinasi pelancongan pada 2024.
Encik Stanley Goh, Top Ten Outstanding Young Malaysian & World Creative Art Master, telah diminta untuk mereka iklan di badan kereta. Encik Stanley Goh berkata bahawa dia sangat menyukai Taiwan, dan berharap rakyat Malaysia akan merasai pengalaman percutian di Taiwan yang berwarna-warni dan menyeronokkan apabila melihat 3 tema berbeza yang ditampilkan di Taiwan OhBear Cars!
OhBearCar telah dicipta oleh pakar seni Stanly Goh, mereka bentuk badan kereta dengan 3tema iaitu "Pelancongan Kereta Api????", "Taiwan's Hot Spring ♨️" dan "Muslim-Friendly". Beliau berharap kereta yang diciptanya dapat membawa kegembiraan kepada mereka yang melihat kereta ini di jalan raya dan dapat memberi gambaran awal tentang betapa cantiknya Taiwan. ????
Encik Stanley Goh berkata oleh kerana beliau ditugaskan untuk menggunakan badan kereta sebagai medium untuk melukis, beliau menghabiskan banyak masa dan tenaga bagi merealisasikan perkara tersebut, namun penat lelah beliau akhirnya terubat setelah melihat karya-karyanya di serata bandar Kuala Lumpur dan menerima maklumbalas positif daripada semua lapisan masyarakat. 3 tema yang dipaparkan oleh Encik Stanley Goh adalah seperti berikut :
"Railway Tourism" adalah berdasarkan kereta api biru tradisional Taiwan, Breezy Blue yang digabungkan dengan beberapa reka bentuk corak seperti Lautan Pasifik membiru, belon udara panas berwarna-warni dan hamparan bunga dailily yang indah di Hualien dengan elemen darat, laut dan udara yang lain, membawa rakan-rakan Malaysia satu suasana yang menggembirakan dan selesa untuk melancong ke Timur Taiwan.
" Taiwan's Hot Springs " menggunakan dua elemen, air panas Taiwan dan musim bunga ceri yang indah, untuk menarik rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan musim bunga Taiwan.
"Muslim Friendly" bertemakan pengalaman tanglung yang disukai oleh pelancong Asia Tenggara, dengan tarikan istimewa seperti Pingxi Line Railway dan Houtong Cat Village, menjemput rakan-rakan Muslim untuk melancong ke Taiwan.
Malah artis Malaysia Yasmin Hani Richardson, yang melakukan lawatan selama sebulan ke Taiwan juga sangat menggalakkan rakan-rakan Muslim untuk melancong ke Taiwan????.
Beliau berkata, terdapat masjid di mana-mana untuk solat, banyak restoran dan hotel dengan pilihan makanan 'Diperakui Halal', suasana yang mesra, persekitaran yang kemas dan bersih. Tak perlu risau, Taiwan benar-benar tempat yang bagus untuk melancong! ????
Peluang Menangi Tiket Penerbangan Percuma Melalui Kempen "Snap & Win Taiwan"
Mesti best kan dapat pergi ke Taiwan, apatah lagi kalau pergi secara percuma !
Sebab itu, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan mana-mana kenderaan #TaiwanOhBearCars dan berpeluang memenangi TIKET PENERBANGAN PERGI DAN PULANG KE TAIWAN BESERTA BAUCAR PENGINAPAN BERNILAI 5000TWD !
Untuk rebut peluang memenangi tiket penerbangan ke Taiwan beserta baucar penginapan, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah seperti berikut :
Langkah 1: Like dan follow @Taiwan Tourism MY di FB & IG
Langkah 2 : Lengkapkan maklumat di [ https://forms.gle/SaoZsqosaCTyGr8fA ]
Langkah 3 : Tangkap gambar OhBearCars dan muatnaik ke akaun Facebook dan Instagram anda, jangan lupa untuk tag @TaiwanTourismMy + #TaiwanTourism + #TimeForTaiwan + #Snap&WinTaiwan
Jangan risau, peluang cerah untuk anda kerana ada 200 kenderaan OhBear yang direka oleh belia Malaysia dan pakar seni dunia Encik Stanley Goh yang berterbaran di serata Lembah Klang !
Jadi guys, jom kita cari Kereta OhBear Taiwan di jalanan di seluruh Lembah Klang bagi merebut peluang mendapatkan tiket Tiket pergi balik percuma anda ke Taiwan sedang menunggu anda, bersama-sama dengan peluang untuk memenangi Baucar penginapan NT 5000 iaitu setara dengan RM800 semasa melancong ke Taiwan.