Guys, kalau cuti-cuti ke Kota Kinabalu boleh consider hotel terbaru dekat Kota Kinabalu iaitu Hyatt Centric Kota Kinabalu. Jangan terkeliru pula dengan Hyatt Regency Kinabalu yang dah ada lama di KK tu.
Hotel ini memang di bawah jenama Hyatt tetapi 'different class'. Anda boleh lihat senarai penuh jenama-jenama hotel di bawah World of Hyatt yang kami kongsikan disini.
Memang best menginap sini sebab hotel cantik, ilham arkitek terkenal Jepun Kengo Kuma, plus hotel baru semuanya memang tiptop lagi.
Lokasi pula terletak di tengah KK, senang nak ke mana-mana. Boleh ambil bilik Sea View ya Allah cantik sangat.
Kalau tak dapat bilik sea view, still boleh tengok pemandangan Bandar dan laut dari kolam renang kat atas sekali.
Tengok perbezaan Hyatt Regency Kinabalu & Hyatt Centric Kota Kinabalu di sini.
Hyatt Centric Kota Kinabalu | Hyatt Regency Kinabalu
Alamat
Hyatt Centric Kota Kinabalu,18, Jln Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah