Wah orang Utagha memang seronoklah lepas ni sebab satu tarikan pelancongan terbaru bakal dibuka. Waktu hangat-hangat ni, jom pi mandi-mandi di sebuah taman tema air baharu iaitu Taman Tema Air Bertam Souk & Waterpark.
Tarikh permbukaan taman tema air ini pula memang kena sangat dengan tarikh cuti persekolahan iaitu bermula 15 Disember ni.
Ada macam-macam permainan kat sini seperti Pearl Oasis, Sceirah Drop, Dawwama Tornado, Salalah Raft, Shallal Fort, Al Nahr Journey, Al Wadi Wellness dan lain-lain.
Dibuka setiap hari kecuali rabu, ada 2 sesi. Fun In The Sun dari pukul 10 pagi sampai 5 petang. Lepastu rehat sejam untuk kerja maintenance.
Dari pukul 6 petang sampai 10 malam sesi Moonlight Waves. Yang malam ni lebih murah dari masuk siang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan : https://bertamresort.com/ticketspackages/
Alamat
Bertam Souk & Waterpark, Lot 12854, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir Mukim 6,13200 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu Operasi
10AM-5PM , 6PM-10PM
Khamis - Selasa (RABU TUTUP)