HalalXPlorer Logo
trafik terlalu tinggi ! myairline mohon maaf disebabkan kegagalan enjin tempahan tiket
13 December 2022

Trafik Terlalu Tinggi ! MyAirline Mohon Maaf Disebabkan Kegagalan Enjin Tempahan Tiket

Kongsikan:

Syarikat penerbangan tambang rendah baharu negara, MYAirline bermula dengan langkah kiri apabila ramai pelanggan tidak dapat mencari sebarang penerbangan semasa jualan hari pertama di laman sesawang mereka, MyAirline.My

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo telah memohon maaf atas masalah di laman sesawang baharunya berikutan gangguan teknikal yang tidak dijangka dan trafik yang tinggi.

image 3

Laman Sesawang Kembali Pulih

image 4

Bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis, syarikat penerbangan itu telah berjaya memulihkan laman web tempahan mereka tetapi hanya untuk penerbangan pada untuk dua bulan pertama operasi.

Seperti dikongsi di Facebook mereka, pelanggan kini boleh menempah penerbangan MYAirline untuk tempoh perjalanan Disember hingga Januari 2023. Tempahan untuk tempoh perjalanan untuk Februari hingga Mac 2023 akan dibuka pada Selasa depan, 29 November 2022.

image 5

Sebagai tanda permohonan maaf, MYAirline menawarkan baucar RM10 untuk tempahan yang seterusnya.

Sebagai imbasan, MYAirline akan memulakan perkhidmatan penumpang komersial mulai 1 Disember dengan hanya tiga laluan — Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

Mengikut jadual mereka, mereka akan mengendalikan dua penerbangan pergi balik setiap hari antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Langkawi, dan satu penerbangan pergi balik setiap hari antara Kuala Lumpur ke Kuching.

Syarikat penerbangan itu akan menambah lebih banyak kekerapan penerbangan secara beransur-ansur menjelang akhir Disember. Dari menu lungsur untuk destinasi dan ketibaan, nampaknya MYAirline sedang melihat untuk melayani Kota Bharu, Pulau Pinang, Tawau dan Sibu tidak lama lagi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA