HalalXPlorer Logo
klia antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna
18 March 2025

KLIA Tersenarai Antara 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Kongsikan:

KLIA sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan tersenarai dalam 10 lapangan terbang terbaik dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk kategori lebih 40 juta penumpang setiap tahun. Dengan skor hampir sempurna 4.99/5, KLIA terus mengukuhkan kedudukan sebagai hab penerbangan global yang mantap.


KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna

Kenapa KLIA Power?

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pencapaian ini hasil dari kemudahan premium, perkhidmatan tip-top, keselamatan terbaik, dan kebersihan yang terjaga. ASQ memang dikenali sebagai penanda aras utama dalam industri penerbangan, jadi bila KLIA consistently dalam top 10 sejak 2022, jelas usaha berterusan memang ada.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani, kata kejayaan KLIA bukan kebetulan, tapi hasil inovasi berterusan dan peningkatan fasiliti. Ditambah dengan komitmen pihak berkepentingan dan komuniti KLIA yang berdedikasi, lapangan terbang ini makin kuat bersaing di peringkat global.

Apa yang buat KLIA lain dari yang lain?

  • Suasana mesra & selesa
  • Tempat duduk luas
  • Wi-Fi laju & reliable
  • Stesen pengecasan dinaik taraf
  • Tandas bersih tahap premium
  • Hospitaliti kakitangan yang terbaik

KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna

Upgrade Besar-Besaran untuk Tahun Melawat Malaysia 2026

KLIA tak berhenti di sini. Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, KLIA tengah buat naik taraf besar-besaran termasuk:

KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna
  • Terminal lebih luas & surau baru
  • Troli bagasi generasi baru
  • Buggy service upgrade
  • Kiosk daftar masuk & bagasi automatik
  • Zon Kanak-Kanak Taman Permainan Orang Utan
  • Fasiliti mesra keluarga seperti stroller & tempat letak kereta khas
KLIA antara 10 lapangan terbang terbaik dunia dengan skor hampir sempurna

KLIA bukan sekadar lapangan terbang, tapi pintu masuk utama ke Malaysia yang terus menawarkan pengalaman world-class kepada semua penumpang.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA