HalalXPlorer Logo
chinese tourist pelancong china serik bercuti ke malaysia
02 November 2024

Pelancong China Serik Melancong ke Malaysia Akibat Masalah Komunikasi

Kongsikan:

Tular di media sosial Xiaohongshu, seorang pelancong dari China meluahkan kekecewaannya selepas mengalami pengalaman kurang memuaskan ketika melancong ke Malaysia dan menyatakan keengganannya untuk kembali ke negara ini.

Pelancong tersebut menyatakan kekesalannya selepas menghadapi kesukaran tanpa adanya papan tanda dalam bahasa Cina serta masalah dalam memahami bahasa Inggeris tempatan. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dia menghadapi kekeliruan ketika ingin membeli tiket KLIA Ekspres.

KLIA Ekspres menyediakan perjalanan tanpa henti dari KLIA ke Kuala Lumpur Sentral dengan harga RM55 untuk seorang dewasa. Namun, pelancong itu tersalah anggap harga tambang adalah RM8.50, yang sebenarnya merujuk kepada perkhidmatan KLIA Transit, yang berhenti di beberapa stesen dengan tambang lebih rendah.

Akibat salah faham ini, dia meminta bantuan kakitangan untuk membuat pembayaran. Namun, setelah dibantu, dia terkejut apabila jumlah yang perlu dibayar adalah RM110 untuk dua tiket KLIA Ekspres. Pelancong itu menyatakan bahawa, jika dia mengetahui kos sebenar, dia lebih rela menggunakan perkhidmatan Grab dengan kos yang sama ke pusat bandar.

Menurutnya, dia mengalami kesukaran memahami bahasa Inggeris dan mendapati sebutan tempatan sukar difahami, sehingga menganggap perkhidmatan itu murah. Dia turut kecewa kerana tiada kakitangan KLIA yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Usahanya untuk mendapatkan bayaran balik juga gagal disebabkan halangan bahasa.

Kecewa dengan layanan yang dianggapnya tidak memuaskan, dia membuat laporan polis, namun dimaklumkan bahawa ia bukan isu yang boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia dengan pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan pengalaman pelancong itu, manakala ada juga yang berpendapat bahawa sebagai pelancong, dia seharusnya lebih bersedia dan memahami sistem tempatan. Isu ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina juga mencetuskan perbincangan mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA