Qatar Airways dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia untuk kali kelapan bagi Anugerah Skytrax.
Ini adalah pencapaian luar biasa bagi Qatar Airways untuk memenangi gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia tahun 2024 untuk kali kelapan. Syarikat penerbangan dari Asia Barat itu telah membina reputasi yang kukuh sejak sedekad lalu.
Ia turut membantu Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan global bagi mencabar pesaing serantau seperti Dubai dan Abu Dhabi.
Sembilan syarikat penerbangan lain yang berada pada kedudukan 10 paling utama adalah Singapore Airlines di tempat kedua, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific, Japan Airlines, Turkish Airlines, EVA Air, Air France dan Swiss International Airlines.
Dua syarikat penerbangan Malaysia berada dalam kelompok 40 terbaik di mana Air Asia berada di tangga ke-30 dan Malaysia Airlines berada di tangga ke-39. Sementara itu, beberapa kategori lain turut diumumkan dalam senarai terbaharu Skytrax.
AirAsia dari Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Dunia untuk tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian yang diperolehnya pada setiap tahun sejak 2010.
Syarikat penerbangan Scoot dari Singapura membolot kategori Syarikat Penerbangan Tambah Murah Jarak Jauh Terbaik di Dunia.