HalalXPlorer Logo
16 June 2020

Jom ke Pangkor ! Teksi merah jambu dah tak sabar jemput pelancong

Kongsikan:

"SAYA sudah tidak sabar nak bawa pelancong melawat Pulau Pangkor dengan teksi merah jambu selepas lebih tiga bulan pulau ini sepi tanpa aktiviti pelancongan," kata pemandu teksi, Muhammad Latif Saad, 37.

Muhammad Latif berkata, sektor pelancongan di Pulau Pangkor yang juga pulau bebas cukai berubah wajah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu susulan wabak Covid-19.

"Tahun ini memang lain sangat, pertama kali saya lihat Pulau Pangkor sepi tanpa pelancong terutama hujung minggu. Saya juga rindu mahu bawa pelancong pusing pulau.

"Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelancongan domestik dibenarkan beroperasi, saya sangat bersyukur kerana boleh menjana pendapatan semula selepas terjejas lebih tiga bulan lalu," katanya.

Menurutnya, dia juga sudah membersih dan menyelenggara teksinya sebagai persediaan untuk kembali beroperasi serta akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Pengusaha produk hasil laut, Rasdi Ibrahim, 47, berkata, dia juga sudah menerima lapan slot lawatan daripada pengunjung yang ingin melawat kilangnya di Sungai Pinang Kechil, Pangkor.

"Kilang saya menerima lawatan pengunjung sebagai satu produk pelancongan namun sejak PKP operasi kilang dihentikan sementara dan perniagaan dijalankan secara dalam talian.

"Saya gembira pelancongan domestik sudah dibenarkan, tetapi saya akan hadkan sesi lawatan kepada satu kumpulan sahaja yang tidak melebihi 20 orang," katanya.

Pemilik Anjungan Beach Resort, Munir Shaari, berkata, premisnya juga sudah menerima 50 tempahan bilik, malah beberapa hotel serta resort lain di pulau bebas cukai itu juga sudah mula menerima tempahan penginapan.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha hotel, Kassim Khalil, 48, turut berharap feri ke Pulau Pangkor kembali beroperasi seperti biasa sebelum pelaksanaan PKP.

Minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan industri pelancongan domestik dibenarkan beroperasi bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA