HalalXPlorer Logo
12 July 2021

Hotel turut kibar bendera putih, simbol industri perhotelan parah akibat COVID-19

Kongsikan:

Tengah hangat di kalangan rakyat marhaen Malaysia tentang kempen mengibarkan bendera putih, kini kempen yang mendapat perhatian di seluruh negara itu turut disertai oleh beberapa buah hotel.

Antara hotel yang menyertai kempen bendera putih tersebut adalah Hotel LaCrista di bandar Melaka.

LaCrista Hotel Melaka, Malacca | Best Price Guarantee - Mobile Bookings &  Live Chat
Hotel LaCrista

Tetapi, kibaran bendera putih pihak hotel bukan sebagai tanda bahawa mereka memerlukan bantuan makanan.

Bendera putih yang dinaikkan di Hotel La Crista. Sumber : Melaka Hari ini

Pengurus besar hotel Jason Bak memberitahu China Press bahawa mereka cuba menghantar mesej kepada orang awam dan pihak berkuasa tentang keadaan industri perhotelan yang sangat parah.

Reception
Hotel LaCrista

"Kami memerlukan bantuan kewangan dan vaksinasi langsung untuk pekerja kami. Pada masa ini, 110 kakitangan hotel saya masih belum mendapat janji temu untuk vaksinasi Covid-19.

"Kami kesal apabila pakej Pemulih terbaru tidak menawarkan bantuan khusus kepada industri ini," kata Bak.

images
Hotel LaCrista

Sehubungan dengan itu, dia meminta hotel-hotel lain untuk turut serta dalam kempen bendera putih.

Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), ada hotel lain juga turut menaikkan bendera putih.

Junior Suite - Room plan
Hotel LaCrista

Dalam satu kenyataan, MAH mengatakan walaupun terdapat banyak cadangan yang dihantar kepada kerajaan, tidak ada bantuan yang diberikan untuk industri ini.

"Sifat industri kita adalah bergantung sepenuhnya kepada pergerakan orang ramai.

"Selagi sekatan perjalanan masih dikuatkuasakan, industri ini akan gulung tikar lambat laun," kata MAH.

images
Hotel LaCrista

MAH mengatakan kira-kira 100 hotel ditutup buat sementara atau kekal tahun lalu dan 20 hotel lagi ditutup tahun ini.

Dikatakan bahawa sekitar 89 peratus hotel telah mengurangkan jumlah kakitangan mereka dan 45 peratus lagi masih mengenakan pemotongan gaji. Dianggarkan 63 peratus majikan menempatkan kakitangan mereka untuk cuti tanpa gaji.

"Angka ini semakin bertambah dari hari ke hari," kata MAH.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA