HalalXPlorer Logo
11 July 2021

Arab Saudi hanya terima 4 jenis vaksin buat pelawat luar, tolak Sinovac

Kongsikan:

Berita terbaru melalui satu notis yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, bahawa kerajaan negara itu hanya akan menerima kemasukan pelawat yang telah disuntik oleh vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech, Oxford AstraZeneca, Moderna dan juga Johnson & Johnson.

Keputusan itu sekaligus memberi kesan buat negara Muslim lain yang setiap tahun akan menghantar jemaah haji & umrah ke tanah suci yang terletak di Arab Saudi.

Arab Saudi hanya menerima 4 jenis vaksin sahaja
Notis yang tular di media sosial

Antaranya adalah Malaysia dan Indonesia yang mana rakyatnya ramai yang telah disuntik dengan vaksin jenis itu. Malah sebahagian besar vaksin untuk negara Indonesia ialah dari jenama Sinovac. Sudah tentu ia akan jejaskan peluang jemaah dari negara tersebut untuk melaksanakan Ibadah Haji & Umrah.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa kerajaan Malaysia sendiri akan bekerjasama memohon kelonggaran daripada kerajaan Arab Saudi untuk menerima jemaah yang telah disuntik vaksin selain daripada 4 jenama itu jika ada keperluan kelak.

https://youtu.be/cv6ul_9qzpk


Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA