Buat korang yang selalu ulang-alik KL-JB, ini berita baik! Projek landasan berkembar elektrik (ETS) dari Gemas ke Johor Bahru dah hampir siap dan dijangka beroperasi Ogos ini. Dengan kelajuan 140km/j, perjalanan KL-JB bakal dipendekkan kepada 4.5 jam je – jauh lebih cepat berbanding 7 jam naik tren diesel sekarang.
Naik ETS Baru, Experience First-Class Travel
Tren ETS3 yang serba moden ni bakal dilengkapi dengan:
- WiFi percuma – Boleh layan Netflix atau TikTok sepanjang perjalanan!
- Port USB charging – Tak perlu risau bateri phone kong.
- Tempat duduk selesa – Confirm boleh tidur lena tanpa sakit belakang.
- Ruang bagasi luas – Nak bawa beg besar pun tak jadi masalah.
Dengan 312 tempat duduk dalam setiap tren, ETS ini akan berhenti di Segamat, Kluang, Kulai, dan JB Sentral.
Projek RM9.5 Bilion Ini Dah Lama Ditunggu
Dah bertahun-tahun projek ni tertangguh sejak mula dibina pada 2017, tapi akhirnya makin hampir ke garisan penamat. Pembinaan sejauh 192km ni dikendalikan oleh YTL Construction dan SIPP Rail, dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan serta kerajaan Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pun pernah tegaskan yang projek ni memang keutamaan, sama seperti Johor Bahru-Singapore RTS Link yang dijadualkan siap pada Januari 2027.
ETS Baru = Kurang Jem di Highway, Lebih Chill Untuk Semua
Bila ETS ni mula beroperasi, kira-kira 3,000 penumpang setiap hari boleh menikmati perjalanan lebih pantas dan selesa antara KL dan JB. Dah tak perlu hadap jem berjam-jam di highway!
Kalau tengok rekod ETS sekarang pun, tiket untuk laluan popular macam KL-Ipoh selalu sold out. Jadi, tak mustahil ETS Gemas-JB ni pun akan jadi kegilaan ramai.
So, siapa excited nak naik ETS baru ni?