HalalXPlorer Logo
26 February 2022

Gerai Roti Tempayan Kari Kambing Ini Benarkan Pengunjung Bayar Seikhlas Hati !

Kongsikan:

Jika anda ke Kuantan, Pahang boleh cuba jamu selera dengan Roti Tempayan Kari Kambing di Dapur Infaq ni.

Di sini konsepnya anda boleh makan sampai kenyang dan bayar seikhlas hati ke dalam tabung sumbangan. Nak bayar secukupnya boleh, nak bayar lebih lagi bagus. Orang kata sambil makan, sambil beramal.

Selain daripada roti tempayan dengan kari kambing, gerai ini turut menyediakan menu lain seperti nasi lemak dan aneka jenis kuih-muih.

Kalau nak tahu, Dapur Infaq Ummah ini adalah merupakan sebuah pertubuhan amal yang menjalankan inisiatif bantuan dan amal dengan mengedarkan makanan percuma kepada golongan gelandangan, komuniti rentan, miskin bandar, asnaf dan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Gerai Roti Tempayan Kari Kambing Ini Benarkan Pengunjung Bayar Seikhlas Hati !



Kalau anda tidak berkesempatan atau belum berpeluang ke Kuantan, anda boleh juga membantu usaha mereka melalui pautan ini

Lokasi

?Dapur Infaq, Lot CG 6 , Kompleks Dagangan Mahkota, Jalan Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA