Wah, ini adalah salah satu tarikan terbaru di Sepang, Selangor iaitu Dinosaur Fun Carnival yang terletak di Sunset Paradise at Sepang .
Sesuai dengan namanya Dinosaur Fun Carnival, pastilah tarikan utamanya adalah pameran replika dinosaur.
Tetapi, selain daripada berjalan-jalan melihat replika dinosaur, disini juga terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti ATV, aktiviti kanak-kanak, permainan seperti 'Fun Fair'.
Kalau sekadar nak berjalan-jalan di pantai pun boleh. Maklumlah, lokasinya di Pantai Bagan Lalang iaitu salah satu pantai yang ada di negeri Selangor. Lihat matahari terbenam disini terbaik juga. Sebab itulah nama lokasi ini Sunset Paradise.
Disini juga ada kafe yang instagrammable untuk anda mengopi dan lepak-lepak. Disebabkan Bagan Lalang ini berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda juga berpeluang melihat pesawat yang terbang rendah menghampiri KLIA dari sini.
Kalau datang pada hari jumaat boleh juga melihat persembahan 'fire show'.
Lokasi
Dinosaur Fun Carnival, Sunset Paradise at Sepang, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor ( Lokasinya di Pantai Bagan Lalang, hanya bersebelahan dengan resort terkenal Avani Sepang Goldcoast. )
Kadar Bayaran
RM 5 Seorang