HalalXPlorer Logo
02 June 2020

Ini 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada 2019. Penduduk bandar ini semuanya happy tak?

Kongsikan:

Anda tahu tak ? Malaysian Urban Rural National Indicators Network on Sustainable Development ( MURNInets ) atau dalam bahasa Melayunya , Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia ada melakukan kajian Indeks kebahagiaan Malaysia pada setiap tahun.

Kajian ini seterusnya mengeluarkan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia. Yelah, kemajuan dan kekayaan sahaja tak bermakna kalau tak bahagia. Jadi, kajian ini amat perlu. MURNINets ini adalah salah sat bahagian dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia)

Kajian dari MURNInets telah dijalankan di seluruh negara melalui 106 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 36,000 orang penduduk telah mengambil bahagian dalam kajian ini pada 2019 untuk memberi maklum balas tahap kepuasan mereka tinggal di bandar-bandar tertentu.

Dipetik dari laman sesawang MURNINets, definisi penunjuk kepada kajian ini adalah Tahap kepuasan individu didalam kehidupan seharian dan persekitarannya.

Justifikasi atau penerangan kepada kajian ini adalah seperti berikut ;

Indeks Kebahagiaan merupakan pengukuran umum tahap kesejahteraan penduduk dengan lebih menyeluruh merangkumi tahap kesihatan mental dan fizikal. Setiap orang mempunyai tahap persepsi dan taksiran berlainan ke atas persekitaran penempatan mereka seperti perasaan selamat, kepuasan hidup, kecukupan kemudahan yang disediakan kerajaan, kecekapan pentadbiran kawasan dan sebagainya.

Sehubungan itu, penunjuk ini akan membantu dalam mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk. Indeks kebahagiaan boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dan temubual. Komponen indeks kebahagiaan meliputi kesejahteraan psikologi, komuniti yang berdaya hidup, kepelbagaian budaya dan ketahanan, kesihatan, pendidikan, kepelbagaian ekologi, kualiti kehidupan dan kecekapan urustadbir.

Sumber : MURNINets

Tahap kegembiraan yang dikatakan menyeluruh itu diukur melalui 14 kriteria utama . Antaranya :

  • Tahap kehidupan dan kesihatan;
  • Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
  • Keseronokan bekerja;
  • Pengurusan kewangan;
  • Hubungan dengan jiran;
  • Aktiviti bersama komuniti;
  • Keselamatan kawasan kediaman;
  • Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
  • Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
  • Kualiti alam sekitar.

PLANMalaysia telah mengeluarkan keputusan hasil kajian ini kepada umum pada 1 Jun 2020 melalui laman sosial Facebook mereka. Secara keseluruhannya 69 PBT berada dalam tahap bahagia, iaitu mendapat markah dari 80%-100% dan 37 PBT pada tahap sederhana bahagia iaitu dari markah 50% hingga 79%. Bagaimanapun, kami tiada maklumat lebih terperinci mengenai analisis data.

10 bandar paling bahagia di Malaysia adalah :

Bandaraya Melaka Bersejarah


Bandaraya Kuala Terengganu , Terengganu


Bandaraya Seremban , Negeri Sembilan


Bandar Kulai, Johor


Bandar Taiping, Perak


Bandar Kuantan, Pahang


Bandar Bentong, Pahang


Bandar Jasin, Melaka


Yan, Kedah


Jeli, Kelantan

Keseluruhan

Kalau tengok secara keseluruhan 10 bandar paling bahagia ini, 3 daripada PBT terdiri daripada Majlis Bandaraya iaitu status bandar tertinggi di Malaysia berdasarkan beberapa kriteria tertentu, 5 daripada Majlis Perbandaran, dan 2 lagi Majlis Daerah yang tidak mencapai status bandar lagi.

Ini menunjukkan, untuk menjadi bandar paling bahagia, bukanlah kemajuan dan kemewahan yang dicari. Tetapi dengan kesempurnaan gaya hidup, keseimbangan pembangunan , penjagaan alam sekitar dan lain-lain.

Tahniah dari kami kepada PBT yang berada dalam 10 senarai bandar paling bahagia kerana menjalankan tugas dengan baik, seterusnya mendapat kepuasan hati dari penduduk.

Kepada penduduk bandar lain tu kalau tak setuju, jangan lupa untuk turut serta dalam kajian bandar paling bahagia tahun ini dan yang akan datang pula.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA