HalalXPlorer Logo
01 June 2020

Pawagam pandu masuk : Norma baharu masyarakat dunia ?

Kongsikan:

Walaupun telah ada konsep Panggung Wayang Gambar (PAWAGAM) pandu masuk pada awal 1910-an, tetapi yang dipatenkan secara rasminya dibuka pada 6 Jun, 1933 oleh Richard Hollingshead di New Jersey, Amerika Syarikat.

Pasti anda pernah menonton filem-filem dari Amerika yang memaparkan adegan di pawagam pandu masuk ini kan , terutama filem-filem yang mempunyai latar masa sekitar 1950-an. Ini kerana pawagam begini memang terkenal di Amerika Syarikat sewaktu itu sehingga dianggarkan terdapat 4,000 pawagam pandu semasa zaman kegemilangannya. Satu jumlah yang besar pada tahun 1950-an.

Namun, sejak itu, pawagam jenis ini tidak lagi mendapat sambutan hangat. Malah, dianggarkan terdapat hanya sekitar 330 panggung wayang pandu masuk yang beroperasi di Amerika Syarikat pada 2020.

Pawagam ini memang kalah kalau nak lawan dengan pawagam tertutup yang lebih kondusif dan selesa. Aircond pula tak perlu pakai aircond kereta kita, tak kena panas matahari, tempat duduk pula memang selesa. Kalah teruk pawagam pandu masuk.

Namun, nampaknya sesuatu bakal berubah. Orang putih kata , diamonds are formed under pressure . Mungkin itu yang berlaku sekarang ini. Disebabkan tekanan yang menghimpit dari wabak COVID-19, memaksa pawagam tertutup betul-betul perlu ditutup. Orang ramai tak boleh berkunjungan di pusat-pusat hiburan yang menghimpunkan ramai orang untuk mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 melalui sentuhan.

COVID-19 umpama memberi nafas baru kepada pawagam pandu masuk apabila mereka kini mendapat tempat di kalangan masyarakat. perniagaan yang hampir saja gulung tikar kini kembali bersinar.

Di kota besar serata Eropah, pawagam pandu masuk kembali menjemput pengunjung yang telah sekian lama terperap di rumah masing-masing ekoran perintah berkurung.

Seperti di Kota Madrid, hanya 2 hari selepas perintah berkurung dilonggarkan, Autocine Madrid Race dipenuhi pengunjung walaupun pawagam itu menayangkan filem yang dibuat pada 1978 berjudul Grease. Bagi orang ramai, itu adalah peluang untuk mereka kembali merasakan kehidupan normal walau tak sepenuhnya.

“Kami adalah tempat hiburan paling selamat di Madrid. Seolah-olah pawagam pandu-masuk dicipta untuk masa seperti ini, ”kata pengasas Madrid Race Cristina Porta kepada AFP, mengatakan tiket untuk bulan itu habis terjual dalam satu hari.

Di Jerman, sebanyak 30 buah pawagam pandu masuk telah dibina sejak wabak COVID-19 melanda, menjadikan keseluruhannya 50 buah. Setiap satu pawagam tersebut, dipenuhi kenderaan orang ramai. Mereka gembira kerana dapat menonton filem bersama ahli keluarga di dalam kenderaan.

Ceritanya sama di Greece, Lithuania, Republik Czech, United Kingdom dan banyak lagi. Tetapi, yang paling menarik adalah 2 pawagam pandu masuk yang telah dibuka di Dubai yang tidak pernah mempunyai pawagam seumpama itu.

VOX Cinemas telah diperkenalkan di kawasan meletak kenderaan aras bumbung, Mall of Emirates iaitu berdekatan pusat ski tertutup, Ski Dubai.

Dubai benar-benar membawa konsep pawagam ini ke tahap yang lebih tinggi dengan gaya mewahnya.

Sebaik sahaja menghampiri ke kawasan tayangan, pengunjung pawagam ini akan dijemput dengan karpet merah. Nampak gaya seperti mereka bukan datang untuk menonton filem, tetapi merekalah pelakon filem.

Harga tiket bagi satu kenderaan yang dinaiki 2 penumpang adalah 180 AED (tidak termasuk cukai) atau bersamaan kira-kira RM212.Pakej pawagam telah disekalikan dengan set makanan ringan nachos, popcorn masin, popcorn karamel, popcorn keju, M&M's, dua minuman ringan dan dua air mineral.

Setelah memasuki Kawasan tayangan, pengunjung boleh menukar frekuensi radio kepada yang ditetapkan, dan audio dari filem ditayangkan boleh didengari melalui radio kenderaan masing-masing tanpa memerlukan pembesar suara di luar.

Cara terbaik menikmati tayangan di layer berukuran 20-meter lebar , dan juga cara terbaik mempamerkan kereta mewah di Dubai.

Pawagam secara pandu masuk yang ke-2 di Dubai dibuka di Dubai Mall, bernama Reel Drive-In cinema. Menarik mengenai Reel Drive-In cinema adalah pengunjung dapat menonton filem, berlatar belakangkan bangunan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia buat masa ini.

Mengikut laporan The Jakarta Post, pawagam dengan konsep sebegini akan dibuka di Jakarta. Bagaimana dengan Malaysia?

Anda rasa norma baharu ini akan memasuki Malaysia?

Komen kepada kami

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA