Di era PKP, PKPB, PKP, PKPD dan sebagainya, kita pun jadi pening dengan pelbagai sekatan dan peraturan. Tetapi, antara peraturan yang paling familiar adalah seseorang tidak boleh melakukan perjalanan melebihi radius 10 Kilometer dari kediaman, atau hanya boleh melebihi 10 KM atas alasan munasabah.

Tetapi bagaimana untuk kita tahu sama ada destinasi yang ingin kita kunjungi itu terletak di dalam lingkungan 10 kilometer?
Mujur, ada satu laman sesawang 2kmfromhome yang boleh membuat kiraan dari lokasi kita. Terdapat pilihan untuk memilih radius destinasi 1, 2, 5, 10.15, dan 25 kilometer. Lokasi anda akan dikesan secara automatik melalui GPS pada peranti.

Sekiranya anda ditahan oleh pihak berkuasa, laman ini dengan mudah boleh membuktikan anda sebenarnya mematuhi SOP yang ditetapkan. Selamat mencuba !