Untuk memastikan kelancaran persiapan bagi acara LAMPU2024, pihak penganjur akan menutup Persiaran Perdana di Presint 2, 3, dan 4 bermula dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda keselamatan, dan mengikuti arahan kakitangan bertugas bagi memastikan perjalanan berjalan lancar dan selamat.
Berikut adalah maklumat mengenai acara LAMPU2024:
- Tarikh: 27 – 31 Disember 2024 (Jumaat – Selasa)
- Masa: 7.00 malam – 12.00 tengah malam
- Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini.