HalalXPlorer Logo
masuk percuma free entrance to borneo cultures museum ticket price adult kids 2023
26 October 2023

Masuk Percuma ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini !

Kongsikan:

Borneo Cultures Museum menawarkan kemasukan secara percuma istimewa pada 18 Mei ini bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa.

Baru-baru ini pihak pengurusan Borneo Cultures Museum telah mengumumkan di laman Facebook rasmi mereka bahawa pada 18 Mei ini mereka bakal tawar kemasukan percuma untuk semua ke Borneo Cultures Museum.

Muzium yang terletak di Kuching, Sarawak ini mempamerkan pelbagai koleksi yang memaparkan kepelbagaian seni dan budaya etnik di Borneo.

Pengunjung boleh menyaksikan pakaian adat, perkakasan tradisional, seni bina dan seni rupa daripada etnik Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan banyak lagi.

https://www.facebook.com/borneoculturesmuseum/photos/a.127168288920742/798290935141804/

Di muzium ini juga kebanyakannya adalah galeri yang memperagakan pakaian, artifak, dan barangan purba yang pastinya memiliki sejarah yang tidak diketahui ramai walaupun oleh orang-orang Borneo sendiri.

Masuk Percuma ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini !

Jadi, bagi anda yang ingin mempelajari dan menghayati kekayaan seni dan budaya di Borneo, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hanya pada 18 Mei, tiket masuk ke Borneo Cultures Museum disediakan secara percuma. Namun demikian, jika anda terlepas peluang ini, jangan bimbang kerana muzium ini terbuka untuk umum dan harga tiket masuk amat berpatutan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA