HalalXPlorer Logo
menu rahmah old town white coffee
12 March 2023

Inisiatif Terus Berkembang. Kini Giliran Old Town White Coffee Pula Perkenal Menu Rahmah !

Kongsikan:

Rangkaian restoran kopitiam halal terbesar di Asia, OLDTOWN White Coffee melancarkan Menu Rahmah dengan pelbagai pilihan makanan bermula daripada RM4.50.

Inisiatif Terus Berkembang. Kini Giliran Old Town White Coffee Pula Perkenal Menu Rahmah !

Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada untuk makan di restoran atau pesan melalui platform penghantaran makanan yang terpilih.

Pembelian boleh dibuat bermula 8 pagi sehingga tamat waktu operasi, setiap hari di 168 cawangan OLDTOWN White Coffee seluruh Malaysia (kecuali cawangan di lapangan terbang dan kawasan pelancongan).

Pelancaran Menu Rahmah adalah satu inisiatif penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada restoran OLDTOWN sejak penubuhan pada 2005.

Inisiatif Terus Berkembang. Kini Giliran Old Town White Coffee Pula Perkenal Menu Rahmah !

Penyertaan pihak OLDTOWN dalam menawarkan Menu Rahmah dilihat sebagai peluang untuk mendekati semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan berpendapatan tinggi atau rendah.

Selain melancarkan Menu Rahmah, OLDTOWN juga mengumumkan beberapa perlaksanaan inisiatif lain pada tahun ini yang berobjektifkan untuk membantu mengimbangi kos sara hidup masyarakat.

Antaranya adalah kerjasama dengan platform penghantar makanan foodpanda di mana pelanggan boleh memesan makanan OLDTOWN hanya melalui platform ini.

Selain itu, OLDTOWN juga akan memperkenalkan Menu Ramadan Raya sempena Ramadan yang bakal menjelma dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April nanti.

Inisiatif Terus Berkembang. Kini Giliran Old Town White Coffee Pula Perkenal Menu Rahmah !

Menu ini dijangka akan mula ditawarkan kepada pelanggan mulai pertengahan bulan ini dengan pelbagai sajian berbuka puasa yang akan menarik perhatian pelanggan.

OLDTOWN turut mengeluarkan produk 'Ready to Dish' dalam bentuk produk sejuk beku yang sangat sesuai untuk memudahkan pelanggan menyediakan hidangan ketika bersahur dan berbuka puasa di rumah dengan lebih cepat dan mudah apabila bulan Ramadan tiba nanti.

Produk ini akan ditawarkan kepada pelanggan dalam masa yang terdekat.

Inisiatif pengeluaran produk ini menyasarkan golongan bekerja atau suri rumah dengan mengambil kira penyediaan hidangan makanan yang mudah dan pantas dengan kualiti yang terjamin.

OLDTOWN White Coffee kini beroperasi di lebih 180 cawangan di seluruh negara serta di Singapura, Indonesia, Hong Kong, dan Filipina.

Selain menawarkan pelbagai menu makanan berkonsepkan kopitiam, OLDTOWN juga mempunyai pelbagai produk kopi putih campuran yang dijual di semua rangkaian restoran.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA