Buat anda yang melawat Kuching, boleh melawat sebuah bangunan merah jambu di tengah-tengah Waterfront Kuching. Bangunan tersebut merupakan sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Sejarah Cina.
Muzium ini dibina pada tahun 1912 dan pada awalnya bangunan ini digunakan sebagai mahkamah yang dikhaskan untuk kaum Cina sehingga tahun 1921.
Muzium ini menyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih.
Berita baik untuk orang ramai, Jabatan Muzium Sarawak akan membuka semula Muzium Sejarah Cina kepada umum bermula hari ini.
Sempena musim cuti sekolah ini, apa kata anda bawa anak-anak anda untuk berkunjung ke sini.
Salah satu pameran yang paling popular di Muzium Sejarah Cina ialah pameran artifak yang jarang dilihat. Pengunjung juga dapat melihat koleksi besar vas tembikar antik, tempayan dan pelbagai lagi artifak lain.
Bahkan pengunjung juga akan ‘dihidangkan’ dengan sejarah-sejarah menarik masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Teochew dan banyak lagi.
Memandangkan muzium ini jarang dibuka untuk orang ramai, apa kata anda rebut peluang ini. Jangan lupa potraitkan kenangan anda di sini untuk kenangan masa hadapan!
Waktu operasi:
Isnin hingga jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang
Sabtu, ahad dan cuti umum dari jam 10 pagi hingga hingga 4 petang