HalalXPlorer Logo
hotel di kuching sarawak
20 March 2025

Sarawak Dah Ready Untuk SEA Games 2027 – Hotel Baru, Pembukaan Grand & Hype!

Kongsikan:

Sarawak sekarang tengah on track untuk jadi tuan rumah SEA Games 2027, dan guess what? Kuching akan jadi lokasi pembukaan! Untuk pastikan semuanya berjalan lancar, kerajaan negeri dah luluskan beberapa projek pembinaan hotel baru supaya atlet, pegawai, dan pelancong nanti ada tempat selesa nak stay.

Sarawak Level Up! Hotel Baru Bakal Siap Sebelum 2027

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, kerja-kerja pembinaan hotel ni dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Maksudnya, bila SEA Games start nanti, semua orang dah ada tempat best untuk menginap—tak perlu risau pasal tempat tinggal full house!

raia hotel kuching, sarawak

Yang bestnya, hotel-hotel yang dibina ni bukan calang-calang. Kebanyakan hotel 3 dan 4 bintang, cukup selesa untuk atlet, pegawai sukan, dan pelancong yang akan membanjiri Sarawak nanti.

Kenapa Hotel Baru Ni Penting Sangat?

Selain untuk SEA Games, hotel-hotel ni sebenarnya akan boost sektor pelancongan Sarawak dalam jangka masa panjang. Semua tahu kan, Sarawak ni kaya dengan budaya, makanan unik, dan tempat semula jadi yang gila lawa? So bila dah ada banyak penginapan baru, lagi ramai pelancong akan tertarik datang!

sheraton kuching sarawak

Kuching Akan Jadi LEBIH Hype!

Bila SEA Games 2027 berlangsung, kita boleh expect Kuching akan jadi pusat perhatian Asia Tenggara. Bayangkan vibes stadium penuh dengan sorakan, bandar penuh dengan pelancong, dan aktiviti sukan yang mendebarkan. Makanan tradisi Sarawak pun confirm jadi tarikan utama—laksa Sarawak, kek lapis, mi kolok, semua orang nak try!

Sarawak betul-betul tak main-main dalam persediaan ni. Hotel baru, peningkatan fasiliti, dan persiapan rapi sedang dibuat untuk pastikan SEA Games 2027 jadi event paling epik dalam sejarah sukan Asia Tenggara!

So, are you ready for SEA Games 2027? Sarawak definitely READY !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA