Lepas 19 tahun masuk percuma, akhirnya Muzium Tentera Darat Port Dickson akan mula kenakan bayaran tiket masuk bermula 1 Januari 2025. Kalau sebelum ni boleh enjoy muzium secara free, lepas ni korang kena prepare duit sikit kalau nak masuk.
Harga Tiket Masuk Baru (Jangan Terkejut!)
Menurut notis rasmi dari Muzium Tentera Darat, ini harga tiket baru yang akan dikenakan:
Warganegara
- Dewasa: RM2
- Kanak-kanak (7 - 12 tahun), OKU & warga emas: RM1
- Bawah 6 tahun: Percuma
Bukan Warganegara
- Dewasa: RM5
- Kanak-kanak (7 - 12 tahun), OKU & warga emas: RM2
- Bawah 6 tahun: Percuma
Still murah gila kalau nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu yang korang dapat kat muzium ni.
Muzium Tentera Darat Port Dickson – Sejarah & Waktu Operasi
Muzium ni dah beroperasi sejak 28 Jun 2005 dan merupakan antara tarikan utama di Port Dickson. Kalau korang jenis suka sejarah dan nak explore lebih pasal tentera darat Malaysia, tempat ni memang best gila.
Waktu operasi:
- Rabu - Ahad & cuti umum
- 10:00 pagi - 5:00 petang (last pembelian tiket: 4:30 petang)
So kalau nak datang, plan elok-elok supaya tak terkandas kat kaunter tiket last minit!
Kenapa Tiba-Tiba Kena Bayar?
Menurut kerajaan negeri, bayaran tiket ni penting untuk penyelenggaraan muzium supaya ia kekal terjaga dan boleh terus bagi pengalaman terbaik kepada pelawat. Port Dickson makin popular, dengan Muzium Tentera Darat mencatat 201,113 kunjungan sepanjang 2024—so, bayaran ni juga salah satu langkah untuk pastikan tempat ni maintain tip-top.
Sementara tu, kalau korang plan nak singgah Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, setakat ni masih free lagi, so boleh jimat untuk aktiviti lain.
Port Dickson Lagi Hype, Tapi Kena Sedia Duit!
Walaupun tak lagi percuma, RM2 untuk pengalaman penuh sejarah ketenteraan Malaysia memang berbaloi. So, jangan terkejut kalau tahun depan tiba-tiba kena bayar—better standby duit kecik kalau plan nak singgah!
Apa pendapat korang? Patut ke muzium tetap percuma atau RM2 ni harga yang reasonable?