HalalXPlorer Logo
thailand arrival digital card
20 March 2025

Nak Masuk Thailand Lepas Ni? Kena Isi Kad Ketibaan Digital Dulu !

Kongsikan:

Thailand memang antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Makanan sedap, shopping murah, pantai lawa—memang lengkap pakej! Tapi kalau korang ada plan nak ke sana lepas 1 Mei 2025, ada satu benda penting yang kena ambil tahu: Kad Ketibaan Digital TM6.

bangkok city view

Bye-bye borang kertas, hello digital!

Dulu kalau masuk Thailand, kita kena isi Borang TM6 yang versi kertas tu. Tapi mulai Mei 2025, semua pelancong asing yang masuk melalui darat, laut atau udara wajib isi borang digital TM6. Tak kira korang datang untuk travel, kerja, atau sekadar short trip hujung minggu, kena buat benda ni. Good news? Tak ada caj dikenakan, so tak perlu risau kena bayar lebih.

thailand beach scenery

Kenapa kena isi? Simple—kerajaan Thailand nak mudahkan tracking pelancong luar, improve sistem keselamatan, dan bagi pengalaman kemasukan yang lebih lancar dan cepat. Tak ada lagi kes kena beratur panjang-panjang semata-mata nak isi borang. Scan, isi, submit—done!

Siapa kena isi borang TM6 ni?

Semua pelancong asing, termasuk yang dikecualikan visa, wajib isi borang ni. Tapi kalau korang rakyat Thailand, tak perlu isi. Cuma tetap kena bagi maklumat peribadi dan perjalanan. Maknanya, kalau korang ada kawan atau family yang rakyat Thai, diorang tak perlu susah payah fikir pasal borang ni.

Macam mana nak isi?

Belum ada details penuh tentang platform atau app yang akan digunakan, tapi boleh expect ia akan dibuat secara online sebelum perjalanan. Mungkin akan ada portal khas atau pilihan untuk isi dalam app khas atau di kiosk elektronik dekat imigresen. Bila dah confirm, kita nantikan update!

Apa kesan kepada pelancong?

  1. Tak ada lagi borang fizikal – Less hassle, tak perlu bawa pen, tak perlu risau borang hilang.
  2. Proses imigresen lebih cepat – Kalau semua maklumat dah diisi awal-awal, confirm urusan masuk Thailand jadi lebih smooth.
  3. Lebih selamat & tersusun – Dengan data yang lebih teratur, senang untuk kerajaan Thailand monitor jumlah pelancong dan tingkatkan keselamatan negara.

Jadi, kena prepare apa?

Untuk yang dah plan nak travel ke Thailand lepas Mei 2025, make sure korang:

  • Ada internet access untuk isi borang digital
  • Check platform rasmi di mana nak submit TM6
  • Simpan salinan digital atau screenshot borang yang dah isi (mana tahu tiba-tiba ada masalah masa masuk)

Thailand dah makin maju dalam urusan kemasukan pelancong, so lepas ni tak ada alasan lagi nak tersangkut lama dekat border. Plan awal, isi borang, dan enjoy percutian korang tanpa stress!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA