Siapa masih ingat kes penumpang wanita yang tak nak bagi seat tingkap kepada budak menangis dalam kapal terbang? Kisah ni viral gila beberapa bulan lepas, dan sekarang dia nak saman syarikat penerbangan pulak sebab kena kecam teruk.
Jeniffer Castro, 29, seorang bekas pekerja bank dari Belo Horizonte, Brazil, tetap dengan pendiriannya masa kejadian. Dia dah bayar untuk seat tu, so dia rasa tak ada sebab untuk beralih tempat walaupun budak tu menangis. Tapi ada penumpang lain yang rakam video dia secara diam-diam, then boom! Video tu jadi bahan kecaman satu dunia.
Passenger who refused to give up her window seat to crying child files lawsuit against the airline after being bombarded with hate from viral video.
— Oli London (@OliLondonTV) March 18, 2025
Jeniffer Castro who had a window seat on a GOL Airlines flight in Brazil was harassed and shamed by passengers for refusing to… pic.twitter.com/lOzeMiTIcf
Lepas video tu tersebar, hidup Jeniffer terus terbalik 180 darjah. Bukan je kena kecam online, haters dia siap datang serang rumah. At the same time, akaun Instagram dia meletup naik 2.1 juta followers – tapi bukan semua datang untuk sokong, ramai yang datang just untuk hentam.
Disebabkan semua ni, Jeniffer dah hilang kerja, mental dia koyak, dan dia kata dia takut nak keluar rumah. Dia pun buat keputusan untuk ambil tindakan undang-undang, menyaman GOL Airlines atas alasan syarikat tu gagal kawal situasi dan biarkan dia kena kecam besar-besaran.
Tapi ramai juga yang backup tindakan Jeniffer. “Seat tu dia dah bayar, bukan free. So kenapa dia kena mengalah?” kata netizen yang menyokong dia. Ada juga yang cakap ni pengajaran untuk parents, jangan ajar anak boleh dapat semua benda dengan menangis.
Walaupun ada yang sokong, ada juga yang bingung kenapa airline yang kena saman? “Kenapa tak saman je orang yang rakam video tu? Atau mak budak tu sendiri?” tanya seorang netizen. Tapi bagi Jeniffer, airline gagal jaga hak dia sebagai penumpang dan patut bertanggungjawab.
Bila cerita ni makin panas, Jeniffer pun buka mulut tentang apa yang dia rasa. Dia kata dia bukan kejam, tapi dia cuma nak hak dia dihormati. “Kita semua ada hak masing-masing. Tak patut ada siapa kena rakam dan dimalukan hanya sebab dia ikut peraturan,” katanya.
So, moral of the story? Kadang-kadang buat benda betul pun boleh jadi salah di mata netizen.