HalalXPlorer Logo
new rules regarding powerbank in all malaysia airlines flights
22 March 2025

"No Powerbank In Overhead Compartment", Malaysia Airlines Kuatkuasa Peraturan Baharu Berkenaan Powerbank !

Kongsikan:

Mulai 1 April, semua penumpang Malaysia Airlines, Firefly, dan MASwings wajib membawa power bank bersama mereka sepanjang penerbangan. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di media sosial menegaskan bahawa power bank tidak boleh diletakkan dalam bagasi kabin di ruang atas, sebaliknya mesti disimpan dalam beg tangan di bawah tempat duduk atau dalam poket tempat duduk depan.

Untuk power bank jenis pengecasan tanpa wayar magnetik, ia perlu disimpan dalam beg berasingan atau sarung pelindung bagi mengelakkan ia diaktifkan secara tidak sengaja. Sepanjang penerbangan, penumpang juga dilarang sama sekali menggunakan atau mengecas power bank. Power bank dan bateri lithium-ion tambahan pula langsung tidak dibenarkan dalam bagasi daftar masuk.

Polisi baharu ini diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan penerbangan selepas beberapa insiden berkaitan bateri litium, termasuk kejadian di Korea Selatan pada Januari 2025 apabila sebuah pesawat Air Busan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran yang berpunca daripada bateri luaran yang rosak. Kini, Malaysia mengikut jejak langkah negara lain dalam mengetatkan peraturan penggunaan power bank dalam pesawat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA