HalalXPlorer Logo
mlaysia airlines new regulations regarding powerbank on airtravel
22 March 2025

Malaysia Airlines Umum Peraturan Terbaru Berkenaan 'Powerbank'

Kongsikan:

Mulai 1 April, semua penumpang yang terbang bersama Malaysia Airlines, Firefly, dan MASwings diwajibkan membawa power bank bersama mereka sepanjang penerbangan dan tidak lagi dibenarkan meletakkannya dalam ruang bagasi kabin di bahagian atas.

Peraturan ini diumumkan oleh Malaysia Airlines dalam satu kenyataan rasmi di media sosial, di mana mereka menegaskan bahawa penumpang perlu menyimpan power bank sama ada di dalam beg tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk atau dalam poket tempat duduk di hadapan mereka.

Selain itu, bagi power bank jenis pengecasan tanpa wayar magnetik, syarikat penerbangan tersebut menetapkan bahawa ia mesti disimpan dalam beg khas atau sarung pelindung bagi mengelakkan risiko diaktifkan secara tidak sengaja.

Sepanjang penerbangan, penumpang juga dilarang sama sekali untuk menggunakan atau mengecas power bank kerana ia boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pesawat dan penumpang lain. Dalam masa yang sama, power bank serta bateri lithium-ion tambahan langsung tidak dibenarkan dibawa dalam bagasi daftar masuk, seiring dengan peraturan yang telah dikuatkuasakan di banyak negara lain.

Polisi baharu ini diperkenalkan bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan yang lebih tinggi, berikutan beberapa insiden berkaitan bateri litium yang dilaporkan sebelum ini.

Salah satu insiden paling membimbangkan berlaku pada Januari 2025 apabila sebuah pesawat milik Air Busan mengalami kerosakan teruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Korea Selatan selepas kebakaran yang berpunca daripada bateri luaran yang rosak.

Kejadian ini mendorong banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk mengetatkan peraturan mengenai penggunaan dan penyimpanan power bank dalam pesawat. Kini, Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan tempatan lain turut mengambil langkah yang sama bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini dan memastikan keselamatan setiap penumpang terjamin sepanjang perjalanan udara.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA