Syarikat penerbangan tambang mMurah MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini, 12 Oktober 2023. Penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ekoran itu, pihak Batik Air menghulurkan bantuan kepada penumpang MYAirline yang terkandas dalam waktu yang mencabar ini. Pihak Bati Air menawarkan tambang tetap istimewa pada laluan terpilih. Penumpang yang terjejas dikehendaki melampirkan salinan tiket MYAirline mereka dan membuat tempahan melalui e-mel di mya@batikair.com.my.
Harga Tambang
????Pulau Pinang: MYR 129
????Langkawi: MYR 159
????Kuching: MYR 199
????Bangkok dan Don Muang: MYR 299
Penumpang boleh memanfaatkan tambang istimewa ini untuk perjalanan sehala sehingga 30 November 2023 dan tempat duduk adalah tertakluk pada ketersediaan.