IOI City Mall adalah kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia selepas Fasa 2 kompleks membeli-belah itu dibuka kepada umum.

Salah satu penyewa utama bagi pembangunan IOI City Mall Fasa 2 adalah Aeon yang secara rasminya telah membuka bahagian jualan runcit (groceries) mereka di tingkat LG IOI City Mall.

Jadi, bagi warga Putrajaya, Bangi, Serdang, Kajang dan kawasan-kawasan yang berhampiran dah boleh ke pasaraya Aeon yang merupakan salah satu pilihan pasaraya di IOI City Mall.
Sempena pembukaan, promosi hebat besar-besaran diadakan di Aeon IOI City Mall. Pelbagai diskaun dan tawaran menarik menanti anda sempena pembukaan ini. Jangan lepaskan peuang untuk merebut harga istimewa ini !
