Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya adalah antara bazar ramadan paling terkenal disebabkan lokasinya yang terletak berdekatan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Besi yang ikonik.
Ramai warga luar Putrajaya pun datang ke sini terutamanya pada hujung minggu bagi merasai kemeriahan bazar ramdan disini dan menyambung aktiviti solat berjemaah di masjid besi.
Selain itu, ramai juga mengambil peluang berbuka puasa secara terbuka di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya dan membeli-belah di Anjung Syawal.
Antara menu menarik yang ada disini adalah KING OF LAMB SHANK oleh CHEF AMMAR, MAKANAN LAUT BAKAR oleh HERY KERANG BAKAR, YONG TAU FOO oleh PAK MAN YONG TAU FOO, NASI AMBENG & NASI MINYAK oleh NASI MINYAK (AYAM & KAMBING), NASI DAGANG & NASI MINYAK oleh NASI DAGANG DEPANGUMOH, KEBAB MELAWATI oleh MELAWATI KEBAB, MEE REBUS HAJI WAHID oleh MEE REBUS JOHOR, MEE GORENG & BIHUN GORENG oleh MEE TONGGEK PUTRAJAYA
Khas untuk yang rindukan menu bazar Ramadan, kami kongsikan menu penuh di Presint 3 menjanjikan banyak pilihan dan juga 'port' menyelamatkan para isteri dan ibu yang kesuntukan waktu menyediakan hidangan keluarga.
Penampilan Khas Chef Ammar
Istimewanya di Bazar Ramadan Putrajaya pada tahun 2023 ini adalah kehadiran Chef Ammar yang terkenal dengan menu nasi arab bersama Lamb Shank. Bagaimanapun, King of Lamb Shank akan bermula berniaga pada 2 Ramadan.
Kelainan Bazar Ramadan Putrajaya 2023
Katanya, tahun ini bazar ramadan disini akan membuat kelainan dengan menyediakan Menu Rahmah, dan Infaq Ramadan. Bagaimanapun, senarai gerai yang menyediakan Menu Rahmah belum lagi diwar-warkan.
Selain itu, urusan pembelian tanpa tunai juga digalakkan di bazar ramadan ini.