Selalu yang kita dengan dan lakukan bila bercuti di pulau atau pantai adalah aktiviti bermain air seperti snorkeling dan mandi laut, kalau yang level tinggi sikit mungkin bermain jetski atau snorkeling lah kan. Tetapi lain betul aktiviti yang ditawarkan di sebuah resort 5 bintang The Taaras Beach & Spa Resort di Pulau Redang, Terengganu.
Gelanggang Badminton terapung di tengah lautan
Iya, disini mereka mempunyai sebuah gelanggang badminton terapung di tengah lautan. Projek ini adalah hasil usahasama antara Malaysia Badminton Experience dan The Taaras Beach & Spa Resort. Mereka menamakan aktiviti ini sebagai ‘Shuttle at Sea’ buat tetamu mereka. Untuk rekod, ini merupakan gelanggang badminton terapung di lautan yang pertama di dunia.
Sumber : @malaysiabadmintonexperience (Instagram)
Tarikan ini pastinya unik dan menyeronokkan kerana anda bukan sahaja perlu bermain badminton seperti biasa tetapi perlu mengawal diri dan badan anda daripada ter’ciduk’ ke dalam air. Pasti ada yang bakal gelak sakan apabila melihat pihak lawan jatuh ke dalam air. Tetapi, kalau shuttle yang jatuh ke dalam air, penat jugalah asyik kena terjun saja demi mengambil shuttle.