Dari Asia hingga ke Eropah, negara-negara di seluruh dunia perlahan-lahan meringankan arahan pengasingan/lockdown/kawalan pergerakan atau apa-apa sahaja terma yang digunakan mereka dalam usaha untuk mengembalikan rutin normal masyarakat dunia. Antaranya adalah sektor pelancongan yang begitu terkesan dengan wabak COVID-19 ini.
Tidak terkecuali negara-negara di kepulauan Caribbean yang begitu terkenal dengan pelancongan laut, pelayaran antarabangsa, dan pengalaman melakukan scuba diving ditemani iklim tropika.
Terdapat 22 buah negara pulau di Laut Carribean dan 12 negara di sempadannya. Antara jumlah tersebut, terdapat beberapa negara yang bersedia untuk membuka sempadan mereka buat pelancongan musim panas Jun 2020 ini walaupun dunia sedang dihimpit pandemik COVID-19. Antaranya :
Saint Lucia
Negara ini mungkin tidak dikenali oleh pelancong Malaysia. Tetapi, negara pulau di lautan Caribbean ini sering kali menjadi tumpuan pelancong antarabangsa untuk menikmati pantai di pergunungan berapi , serta lautan jernih yang menenangkan.
Kerajaan Saint Lucia mengumumkan pembukaan kembali negara mereka kepada pelancong secara bertahap bermula 4 Jun ini. Pelancong perlu negatif COVID-19 dalam ujian yang akan dilakukan semasa ketibaan mereka, dan semestinya melepasi semua pemeriksaan pemeriksaan suhu di lapangan terbang, hotel, dan di restoran, serta mewajibkan pemakaian topeng muka dan jarak sosial.
Antigua dan Barbuda
Antigua dan Barbuda adalah negara Komanwel merdeka yang terdiri dari beberapa pulau yang kecil. Negara ini terletak di titik pertemuan antara lautan Atlantik dan Caribbean. Negara ini cukup terkenal dengan keindahan pantai, hutan hujan (rainforest) dan resort mewah dan eksklusif.
Menteri Pelancongan Antigua dan Barbuda, Charles Fernandez berkata dalam mesyuarat maya (virtual meeting) , penerbangan pesawat syarikat American Airlines dari Miami dijadualkan pada 4 Jun adalah tanda negara tersebut akan membuka semula sektor pelancongan mereka buat warga asing. Penerbangan itu akan menjadi penerbangan penumpang awam pertama ke negara itu selepas 10 minggu.
Aruba
Sumber : cvent
Aruba mengumumkan bahawa mereka akan menyambut kedatangan pengunjung bermula antara 15 Jun dan 1 Julai. Biro pelawatnya mengatakan bahawa ini boleh berubah, namun, kerana mereka "mungkin mempertimbangkan langkah pencegahan tambahan jika diperlukan."
Perniagaan tidak penting seperti pusat membeli-belah, pawagam, restoran luar, salun kecantikan, dan kemudahan penjagaan anak akan dibuka lebih awal iaitu pada 25 Mei. Namun, negara pulau ini memiliki tempoh larangan bermula jam 10 malam hingga jam 5 pagi, bermakna semua perniagaan yang tidak penting perlu ditutup pada jam 9 malam.
Selain daripada itu, terdapat juga sebuah negara di kepulauan Caribbean yang telah pun dibuka buat para pelancong. Negara tersebut adalah :
Barbados
Bagaimanapun, para pelawat yang tiba di waktu ini mesti menjalani proses kuarantin wajib selama 14-hari sebelum dibenarkan bergerak secara bebas di negara tersebut.