Semua zoo dibenarkan beroperasi mulai esok dan operasinya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat khas menteri bersetuju kebenaran diberikan kepada semua zoo seluruh negara.
"Zoo Negara dan zoo yang lain sudah membentangkan SOP bagi pembukaan semula itu dan ini sudah dipersetujui, dan mulai esok boleh dibuka," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pusat dan galeri seni termasuk pusat muzik serta hiburan kekal masih tidak dibenarkan beroperasi.
Namun, katanya, pembukaan pusat itu sedang dipertimbang kerana muzium dibenarkan beroperasi mulai esok.
Sumber : Islamic Tourism Centre
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya Ahad lalu menyatakan, lawatan ke muzium akan dibenarkan dan aktiviti 'indoor busking', dobi layan diri dan aktiviti rekreasi tetapi pub, pusat hiburan, karaoke dan taman tema tidak dibenarkan.
Sumber : Berita Harian