HalalXPlorer Logo
29 May 2020

Terlalu ramai beriadah di tengah pandemik COVID-19 : Taman Tasik Titiwangsa kembali ditutup

Kongsikan:

Umum mengetahui, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak 4 Mei yang lalu sehingga 9 Jun nanti, hampir kesemua aktiviti harian dibenarkan oleh kerajaan , termasuk aktiviti riadah di kawasan terbuka dan taman-taman awam.

Susulan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka kesemua taman-taman rekreasi di bawah seliaan mereka seperti Taman Rekreasi Pudu Ulu, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara dan beberapa lagi.

Pembukaan itu bagaimanapun dibenarkan dengan syarat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, pada hari ini (28 Mei 2020) Taman Tasik Titiwangsa kembali ditutup sepenuhnya kepada awam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut, bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.

“Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman,” menurut hantaran tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut.

Untuk rekod, Taman Tasik Titiwangsa baru sahaja dibuka semula kira-kira 5 bulan yang lalu dengan wajah baru setelah melalui fasa pengubahsuaian berskala besar selama 1 tahun.

Pembukaan semula taman tersebut pada Disember lalu dengan wajah baru telah menarik ramai kunjungan warga kota untuk beriadah dan menjadi salah satu taman rekreasi utama di Kuala Lumpur.

Menelan perbelanjaan RM99.88 juta, hasilnya ternyata memberi satu kepuasan buat warga kota yang berkunjung untuk beriadah sampai terpaksa ditutup kembali kerana terlalu ramai pengunjung.

SUMBER : BERNAMA

Artikel dalam negara disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA