Fuh, panas-panas Malaysia ini memang seronok kalau dapat main air. Mujur ada banyak taman tema air yang dibuka berdekatan Lembah Klang !

Inilah sebuah hotel & taman tema terbaru yang dibuka berhampiran Amverton Cove Golf & Island Resort. Taman tema ini pun sebenarnya dimiliki oleh syarikat yang sama iaitu syarikat Amverton.
Secara keseluruhan, pembangunan terbaharu ini merangkumi sebuah hotel iaitu Riverine Hotel & Suites dan 2 taman tema iaitu taman tema air Riverine Splash @ Amverton Cove dan juga Survival Park @ Amverton Cove.

Menurut laman sesawang mereka, taman tema yang bertemakan etnik masyarakat orang asli ini mempunyai lebih 12 tarikan dan gelongsor. Tarikan paling menarik di Taman Tema ini adalah Gelongsor Anaconda dan juga Rimba River. Sekurang-kurangnya , 5 jam diperlukan untuk merasai kepuasan mandi-manda disini.


Riverine Survival Park
Riverine Survival Park pula adalah taman permainan lasak dan mencabar untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Kira-kira 3 jam masa yang perlu anda peruntukkan untuk bermain disini. Tarikan paling utama adalah flying fox !

Harga Tiket
Berikut adalah merupakan harga tiket masuk ke taman tema Riverine Splash @ Amverton Cove.
JENIS TETAMU | DEWASA | KANAK-KANAK | WARGA EMAS |
MYKAD | RM 58 | RM 38 | RM 38 |
WARGA ASING | RM 68 | RM 48 | RM48 |
TETAMU HOTEL | RM 38 | RM 28 | RM 28 |

Waktu Operasi
Taman tema air ini dibuka setiap hari, kecuali selasa bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
Lokasi
Riverine Splash @ Amverton Cove, PT943 Jalan Carey 1, Off, Persiaran Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, Selangornda