HalalXPlorer Logo
jalan tutup merdeka
29 August 2022

Rancang Perjalanan Anda ! Ini Senarai 18 Jalan Utama di Kuala Lumpur Yang Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Kongsikan:

Setelah 2 tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kembali diadakan pada tahun ini.

Lebih gemilang, sambutan ke-65 tahun itu akan diadakan di Dataran Merdeka yang merupakan lokasi bersejarah yang menyaksiakan bendera Union Jack diturunkan menandakan tamatnya era penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

Sambutan pada tahun 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka pastinya memerlukan perancangan yang rapi dari segala aspek bagi memastikan kelancaran acara. Salah satu aspeknya adalah aliran trafik bagi memberi laluan kepada perarakan dan juga mengawal aliran kenderaan pengunjung. Tambah-tambah pula, Dataran Merdeka terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

image 25 167
Kredit Gambar : Berita Harian

Untuk itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup 18 jalan utama bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengahari di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan acara sambutan tersebut diadakan dalam keadaan lancar.

Memetik laman Paultan.org, antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam penutupan tersebut adalah:

Bagi 26 Ogos 2022

Dua jalan akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos ini bagi memberikan laluan raptai skeleton dilakukan, membabitkan :

  1. Jalan Sultan Hishamuddin ke Dataran Merdeka
  2. Jalan Raja (Dataran Merdeka).

Seterusnya, lebih banyak jalan akan ditutup pada 27 hingga 29 Ogos bagi menjayakan raptai penuh perarakan Hari Kebangsaan 2022.

Dari 27–29 Ogos 2022

  1. Jalan Raja (Dataran Merdeka).
  2. Jalan Travers ke Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Jalan Bangsar akan dilencongkan ke Jalan Damansara menghala arah Parlimen.
  3. Susur ke Jalan Travers dari Jalan Damansara (dari arah Lebuhraya Seremban, belakang Muzium Negara). Semua kenderan akan dilencongkan ke Jalan Parlimen.
  4. Jalan Damansara iaitu susur Jalan Travers (ke arah Dataran Merdeka).
  5. Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  6. Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  7. Susur ke Bulatan Hishamuddin di Jalan Kinabalu dari arah Selayang menghala ke Cheras dan kenderaan akan dihalakan terus ke Jalan Loke Yew (arah Cheras).
  8. Susur ke Jalan Sultan Hishamuddin (menghala ke Dataran Merdeka) di Jalan Kinabalu dari arah Cheras menghala ke Selayang dan semua kenderaan dihalakan ke arah Selayang.

Namun tiada penutupan jalan dilaksanakan pada 30 Ogos. Walau bagaimana pun, penutupan jalan akan disambung pada 31 Ogos dan lebih banyak laluan utama di sekitar Dataran Merdeka yang akan terlibat.

Bagi 31 Ogos 2022

  1. Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Bangsar akan dilencongkan ke arah Jalan Damansara menghala ke Parlimen.
  2. Susur ke Jalan Travers di Jalan Damansara dari arah Lebuhraya Seremban (belakang Muzium Negara) dan semua kenderaan dari arah Lebuhraya Seremban dilencongkan terus ke arah Parlimen.
  3. Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  4. Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  5. Susur ke Bulatan Dato Onn menghala ke Bank Rakyat di Jalan kinabalu dari arah Cheras hala ke Selayang. Semua kenderaan akan dihalakan ke arah Selayang
  6. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi (Sogo) sehingga ke Dataran Merdeka.
  7. Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka. Kenderaan akan dilencongkan ke arah Jalan Dang Wangi.
  8. Jalan Murshi Abdullah (Jakel) ke arah Jalan Dang Wangi, dan kenderaan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas)
  9. Jalan Dang Wangi (hadapan stesen minyak Petron) dan kenderaan dari arah Jalan Bunus 6 akan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas).
  10. Jalan Bonus 6 ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Semua House).
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA