Duduk KL asyik makan Western aje kan, kali ini jom makan masakan tradisional pula. Ini adalah restoran White N Black Kampong.
Lokasinya terletak betul-betul di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi masuk saja restoran anda akan rasa macam berada di kampung halaman.
Ini kerana dekorasinya yang cantik bertemakan rumah tradisional, diserikan lagi dengan perhiasan barangan antik yang sukar ditemui pada masa kini.
Bila sampai pula lauk-pauk yang anda pesan, ia hadir dalam set pinggan mangkuk klasik. Dari segi rasa, boleh kata memang rasa macam masakan mak-mak !
Restoran ni baru lagi dibuka, belum ramai orang tau. Jom kita pergi dulu !
Alamat
White & Black Kampong at Heritage KL , 15, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi
11AM - 11PM (Tutup : Isnin)
Hubungi
011-2314 1760