Nipoh Beach Cottage ini adalah resort kecil terbaru terletak di Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman, Terengganu.
Nipoh Beach Cottage
Mengetengahkan konsep ala Bali dan kampung, terdapat 15 bilik keseluruhan untuk disewakan dengan harga RM200 (Hari Bekerja) & RM250 (Hujung Minggu & Cuti Sekolah) per malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Setiap unit penginapan mempunyai saiz yang sama, mempunyai katil bersaiz queen dan selesa untuk memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
Kesemua bilik menghadap kolam renang. Ada dua kolam renang untuk dewasa & kanak-kanak.
Aktiviti
Cottage ni terletak bersebelahan sungai yang mana boleh beraktiviti kayak, menjala atau memancing. Ia terletak juga berdekatan dengan Pantai Penunjuk Kijal. Kat sini ada BBQ pit disediakan dan sangat sesuai untuk family day.
Alamat
Nipoh Beach Cottage, 287-2 kampung che wan, kijal, 24000 kemaman, Terengganu
Lokasi Google Maps : Klik Disini
Waktu Operasi
014-292 4547