KL Park Festival 2023 bertemakan 'Laman Seni dan Flora Malaysia' bakal mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di seluruh negara, yang dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni.
DBKL menyasarkan lebih 100,000 pengunjung akan hadir ke KL Park Festival 2023 yang berlangsung hingga 12 Mac ini bermula 9 pagi hingga 10 malam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yakin acara Kuala Lumpur Park Festival 2023 (KL Park Festival 2023) yang bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu. Ia mengambil kira tempoh musim cuti sekolah yang sedang berlangsung selain lokasi yang strategik.
Jika tiada sebarang acara dijalankan Taman Tasik Titiwangsa, taman ini sememangnya sentiasa mendapat tumpuan ramai untuk beriadah. DBKL juga sediakan hingga 1,000 petak parkir termasuk di kawasan Istana Budaya, Balai Seni Negara dan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dengan penyediaan 'shuttle' (kenderaan ulang-alik) bagi membawa pengunjung ke lokasi acara.
Peta Acara KL Park Festival 2023
Kawasan Parkir KL Park Festival 2023
Anda risau nak letak kereta di mana untuk ke festival ini? Kami bagi panduan untuk anda ke sana dan di mana anda boleh parkir kenderaan anda. Yang penting jangan menghalang laluan awam dan jangan parkir sesuka hati.
Bagi yang guna pengangkutan awam, ada shuttle disediakan.
Jadi, jom sama-sama hadir meriahkan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa bermula 4-12 Mac 2023.
Pelbagai acara menarik telah disusun untuk anda seperti pameran landskap dan bunga, persembahan kebudayaan, penampilan khas Upin Ipin, pertandingan Fesyen Alunan Alam, mencanting batik dan banyak lagi aktiviti yang menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami di Taman Tasik Titiwangsa.
Masuk adalah PERCUMA.
Jumpa anda semua di sana!