Sebelum ini, begitu ramai yang mengadu tentang kesesakan di Terminal Beserpadu Selatan (TBS) terutamanya ketika musim perayaan kerana terpaksa mencetak pas masuk mereka di TBS walaupun sudah membeli tiket secara atas talian. Ini mengambil masa terlalu lama.
Tetapi, tahun ini tiga ejen pengembaraan dalam talian iaitu Redbus, BusOnlineTicket dan GoHub tidak perlu lagi dicetak, malah mereka telah mula mengintegrasikan sistem mereka dengan TBS.
Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dihantar oleh syarikat dan boleh menaiki bas secara terus. Ini akan membantu mengelak isu kesesakan dan barisan panjang seperti sebelum ini sebanyak kira-kira 80 peratus."
Kod QR akan dihantar bersama logo GoPass. Kaedah ini akan bermula dari 17 April. Bagi mereka yang membeli tiket sebelum 17hb, syarikat akan menghantar e-mel dengan kod QR kepada anda.