HalalXPlorer Logo
tak perlu ke switzerland ! indonesia pun dah ada keretapi panoramik. ini laluan & harga tiketnya
01 January 2023

Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Kongsikan:

Kami yakin salah satu 'bucket list' ramai orang adalah menaiki keretapi panoramik dengan kaca tingkap yang luas, menyajikan kita pemandangan indah sepanjang perjalanan dan laluan keretapi.

Kalau dahulu, salah satu destinasi yang mempunyai keretapi panoramik ini adalah Switzerland yang nun jauh di Eropah sana. Sudahlah jauh, Switzerland juga terkenal sebagai salah satu negara paling mahal dalam dunia. Tentunya memakan kos yang besar untuk kita merasai pengalaman tersebut.

Tapi sekarang, dah tak perlu lagi ke Switzerland untuk merasai pengalaman menaiki keretapi panoramik sebab dah ada pilihan yang lebih murah !

KA Panoramic

Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Negara jiran kita iaitu Indonesia, melalui syarikat PT Kereta Api Indonesia (KAI) baru sahaja melancarkan gerabak keretapi mewah dengan tingkap kaca yang luas pada 24 Disember lalu, bersempena dengan cuti perayaan krismas dan juga tahun baru.

Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya
kereta panoramic kini bisa dicoba oleh masyarakat umum setelah soft launching yang dilakukan pt kereta api indonesia pada 24 d 9 169 Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Kereta Api Panoramik yang dinamakan 'KA PAnoramic' ini merupakan gerabak kereta api dengan spesifikasi khas bertujuan untuk menikmati panorama dan merupakan yang pertama di Indonesia. Kereta api ini memberikan sensasi luar biasa kepada pelanggan dalam menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Spesifikasi & Fasiliti

Gerabak kereta api inovasi KAI ini mempunyai tingkap yang sangat besar di kedua-dua belah dan bumbung kaca yang memanjang dari hadapan ke belakang yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik.

andriawan praktikto Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya
Kredit : Andriawan Praktiko

Penumpang KA Panoramic boleh menikmati beberapa kemudahan yang disediakan oleh KAI. Antaranya adalah tempat duduk yang selesa, tirai tingkap boleh dikawal dengan alat kawalan jauh, tandas yang luas dan terdapat sensor automatik, televisyen di dinding di hujung kereta api, rak bagasi khusus di hujung gerabak kereta api, serta penumpang akan mendapat makanan ringan, makanan, minuman dan selimut percuma.

kereta panoramic 169 Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Selain itu, tempat duduk dalam tren ini boleh dipusingkan menghadap tingkap bagi memberikan peluang yang lebih untuk penumpang melihat hamparan alam sepanjang laluan.

55da6 ka panoramic Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Laluan

Setakat ini, PT KAI hanya menggunakan gerabak kereta api jenis ini yang mempunyai 46 tempat duduk untuk laluan Jakarta-Yogyakarta (Pergi-Pulang), di mana gerabak kereta api itu dipasang pada perjalanan kereta api Tambahan Taksaka (Gambir-Yogyakarta ) hingga 8 Januari 2023.

Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Secara keseluruhan terdapat dua unit gerabak kereta api panorama yang kini dimiliki oleh KAI, yang merupakan inovasi dari Balai Yasa KAI Surabaya Gubeng. KAI tidak menolak penambahan kereta api panoramik ke pelbagai set kereta api lain.

Tak Perlu ke Switzerland ! Indonesia Pun Dah Ada Keretapi Panoramik. Ini Laluan & Harga Tiketnya

Berikut adalah jadual perjalanan dari 24 Disember 2022 sehingga 8 Januari 2023

  • KA 7011C bertolak dari Yogyakarta pada pukul 21.40 dan tiba di Gambir pada pukul 05.33
  • KA 7012C bertolak dari Gambir pada 10.40 dan tiba di Yogyakarta pada 18.39
  • KA 7025B bertolak dari Yogyakarta pada pukul 12.00 dan tiba di Gambir pada pukul 19.30
  • KA 7026B bertolak dari Gambir pada 23.45 dan tiba di Yogyakarta pada 07.50

Harga Tiket

Untuk merasai sensasi menaiki tren panoramik ini, anda perlu membelanjakan IDR 1 juta (RM284+) seorang jika membelinya melalui aplikasi KAI Access. Namun, KAI mengadakan promo diskaun tiket jadi harganya adalah IDR 750,000 (RM212+) dengan kuota terhad.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA