“Umang aii sodap ea sampai monjilat jari’ bak kata orang Negeri Sembilan, itu yang anda akan rasakan apabila menikmati hidangan salai dan lauk-pauk lain di sebuah restoran yang baru sahaja dibuka pertengahan tahun ini bertempat di Tampin, Negeri Sembilan.
Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Lomak Salai, Tampin Village. Walaupun baru sahaja dibuka, namun restoran ini pantas mendapat tempat di hati pelancong dan juga warga tempatan.
Mana tidaknya, selalu kita tahu ada kedai yang menjual lauk sedap, ada kedai memberikan servis dan perkhidmatan bagus, ada kedai terletak di kawasan pemandangan cantik, ada kedai janjikan keselesaan.
Tetapi kat Lomak Salai Tampin ni, semua aspek tu terbaik. Mengetengahkan masakan tradisional Negeri Sembilan sebagai menu utama, semua sajian dimasak lemak bersama makanan yang sudah disalai. Jadi bab lauk memang sedap, pedas dan terangkat. Original Negeri Sembilan.
Jika anda kurang gemar dengan lauk masak lemak dan salai, anda boleh juga mencuba lauk lain macam ikan bakar, ayam goreng , sayur.
Paling terbaik ada dessert dan pelbagai jenis kek untuk menutup selera anda.
Bab servis pula memang sistematik. Lauk dah disiapkan, tinggal ambil saja. Takyah kalut-kalut angkat talam, tolak je pakai troli macam dekat restoran sweden Ikea tu.
Tempat makan memang selesa. Restoran ni luas, ada banyak ruang untuk makan. Tandas, surau disediakan dan tempat letak kenderaan pun banyak.
Senang kata memang puas hati lah makan sini !
Alamat
Lomak Salai, Jln Seremban - Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
11 Pagi - 5:30 Petang (Tutup Rabu)